Tuesday, September 27, 2011

Kebaikan Susu Ibu

Tahniah kepada kekawan yang berjaya menyusu ibu secara eksklusif .Saya sendiri masih baru dan dalam proses belajar dan berharap dapat memberi susu ibu kepada anak saya selama yang mungkin.Sebelum ini saya tiada ilmu dan kurang kesedaran tentang kebaikan susu ibu.Mujurlah ada saluran internet dan kempen-kempen di hospital yang makin rancak mengalakan penyusuan ibu.Saya hanya berjaya menyusu anak pertama selama 3 bulan sahaja.Ini ekoran kurang kesedaran dan tiada ilmu serta menganggap susu ibu remeh.




Mungkin ramai yang menganggap penyusuan ibu adalah kolot.Macam minah kampung...memalukan dan meremehkan.Sebagai ibu dan dalam islam menuntuk kepada kita ibu bapa.Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia MAMPU.


 Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.


Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.


Susu formula tidak dapat menandingi susu ibu. Meskinpun susu formula termahal di pasaran tidak dapat menandingi susu ibu. Cuba kawan-kawan fikir...mcm mana proses awet yang di lakukan pada susu formula.Yang bertahan sehingga berbulan-bulan dan bertahun-tahun yang akan masuk kedalam mulut anak kita.


Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...