Cinta Ku

Cinta ku...kekasihku...temanku..sahabat ku...suami ku dan abah pada anak-anak ku. Aku bagai bermimpi jatuh cinta dan berkahwin. Syukur pada Allah kerana makbul kan hasratku untuk bercinta dan berkahwin. Walaupun aku susah nak buka pintu hati untuk menerima seorang bernama LELAKI. Aku bagai bermimpi dapat melalui episod cinta walaupun semasa sekolah arwah emak menentang keras untuk bercinta.Aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki.Mungkin sampai seru episod cinta ku sempat di saksikan oleh arwah emak.Aku berjumpa jodoh dengan insan yang amat baik. Dia lah lelaki baik pernah aku jumpa. Kisah episod cinta kami sempat di saksikan oleh arwah emak sebelum beliau meninggal. Kekadang lucu bila terkenang kembali en suami yang pandai bermadah dan berjanji pada arwah emak ku untuk menjaga ku . Rasa syahdu..walaupun aku selalu menganggap janji-janji nya pada arwah emak adalah omong kosong. Kekadang lucu bila putar kembali detik-detik gurau senda antara pz dan arwah emak.

Emak : G, betul ke G nak ko sarah?
Pz : Mujur sarah nok ko ore. Mok tengok lah janggut ni. Cayo lah..(sambil lurutkan janggutnya dan buat muka gatal).Terkedek-kedek arwah mak suka.Lepas gelak, terpaksa lah aku tolak mak masuk dlm bilik semula.Mungkin dia suka tgk episod cinta kami di depan matanya.Satu je aku suka tentang nya. Aku rasa selamat ketika berada di sampingnya.Pandai buat lawak dan paling penting dia baik hati. Aku akan menjauhkan diri bila lelaki bercakap tentang bentuk tubuh dan unsur2 lucah. Tapi dia bijak..dia lain dari yang lain.

Pernah sekali dia datang tidur di KBMC temankan aku menjaga arwah emak. Plan dia sampai kul 12 mlm. Tup-tup bas rosak sampai kul 5 pagi.Mlm tu...aku tidur tersenyum.First time tgk bf tidur depan mata. Rupa-rupanya senyum tak sampai ke tengahari. Pagi tu dia tidur berdengkur mcm bas buruk.
Sarah: Isk..tok sir lah ...ore ko dio...(sambil tgk dia tidur atas tilam tepi katil.mlm tu terpaksa tidur dengan mak atas katil).

Mok : Kesian, dio letih tuh...
Pz : kroh....kroh...kroh...krekkkk...
Sarah : Isk..tak sanggup ore hidup dengan dio.Ore nok putus lah. Bakpo lah jupo dgn ore lagu ni (ketakutan dgn bunyi dengkur.Kepala berputar-putar mikir mcm mana nak mintak putus).Arwah mok tersengeh je dgn gelagat aku yang buat aksi geli geleman.Sambil dakap mak...isk tak sanggup tido dengan dia.....!!! Mok still sengeh. Mungkin dio tahu satu hari nanti aku akan melayari hidup rumah tangga. Tapi mujur...sehingga sekarang tak pernah dengar dia berdengkur.Mujur aku tak reject dia masa tu.

 Kalau tanya aku pada masa itu...aku rasa berdebar-debar. Persahabatan antara kami begitu singkat. Rupa-rupanya...Dia adalah jodoh aku. Tidak terlintas dalam fikiran aku dia adalah bakal jadi suami dan ayah kepada anak-anak ku. Begitu terharu kerana..dia satu-satu nya lelaki yang pandai mengambil hati arwah emak. Tiada gambar arwah emak semasa pertunangan ku. Semasa tu dia sudah berada dalam dunianya sendiri.(akibat selalu hipo kencing manis.minor strok) Sedih bila di ingatkan .Kami seakan mengejar masa supaya emak tahu..Aku akan di sunting oleh lelaki yang berjanji akan menjaga aku.
Kata-kata emak adalah benar.Emak adalah teman rapat tempat aku berkongsi cerita dan rasa.Aku cemburu pada kawan-kawan yang masih ada ibu dan ayah. Masih bermain di mindaku. Kata-kata emak...bila kita mencintai seseorang. Kita terlupa akan mencintai orang di sisinya. Kata-kata itu bagai angin berlalu. Ia..satu kejutan dalam hidupku. Bila terpaksa berkongsi kasih sayang dengan ibu bapa serta adik beradiknya.Cintai lah dia..dan cintai lah kelemahannya. Insyallah kekal selamanya.

Kata-kata emak juga...dalam rumah tangga akan berlaku bertikam lidah dan bergaduh. Tapi bila kita bergaduh..kita rasa itu adalah pengakhiran hubungan. Tetapi bila kita berbaik..rasa seperti baru berkahwin.Kemanisan tak terucap dan sekali lagi kata-kata emak benar.Aku rindu akan mu.Al -Fatihah.

Tiada harta menggunung yang aku cari...Tiada wang ringgit dapat memuaskan hati ku..Hanya kasih sayang...keharmonian hidup.Membesarkan anak-anak menjadi anak yang soleh dan berjaya adalah kepuasan ku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...