Thursday, September 8, 2011

Membesarkan Anak Adalah Tanggungjawab Yang Besar

Mungkin ramai kawan-kawan seangkatan dengan aku tengah aktif mengandung dan bersalin sekarang. Aku memang menghargai wanita-wanita yang bertuah dapat mengandung ni. Sebab aku sendiri melalui pelbagai saat sedih setiap kali mengandung...Aku selalu abortion dan terpaksa D&C.

Satu ilmu yang aku dapat kongsi dengan kakak dekat ofis aku untuk membesarkan anak. Terima kasih padanya yang mengetuk minda aku untuk memberikan terbaik untuk putera puteri aku. Ia lah...bukan sahaja makan yang baik lagi halal kena beri pada anak.Tetapi cara percakapan dan teladan yang baik untuk anak-anak kita contohi. Yang penting aku sebagai seorang ibu sentiasa mendoakan terbaik untuk anak-anak.AMIN

Semoga Haiqal Naufal dan Hayra Dania menjadi anak yang soleh dan solehah..yang menghafal al-quraan serta beriman pada Nya.

Aku tertarik dengan mendedahkan buku dari usia yang kecil lagi. Tak kira lah ...4 bulan pun dah boleh mula beri buku dan di jadikan sebagai mainan. Berbeza antara Hayra dan Haiqal..nampak IQ Hayra lebih kepada buku-buku dan menulis. Alhamdulilah..semoga anak mami ini bukan sahaja bijak tetapi menjadi anak yang solehan.

Teringat semasa mengandung kan Hayra...aku berhajat untuk membeli pencetus impuls baby dari dalam perut lagi. Tetapi suami mencadangkan membeli MP4 dan memasang alunan bacaan Al-quraan di perut bagi memperdengarkan pada baby dalam perut. Selain itu juga memakan kacang badam ,buah kismis dan kurma. Memang betul Hayra berbeza..sunat-sunat nabi baik di ikuti bagi melahirkan generasi Islam yang berkualiti.

melayari http://www.brillbaby.com/ menambahkan ke azaman aku semula untuk merangsang minda anak-anak. Tanggungjawab seorang ibu bapa tak akan habis..Semoga aku menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...