Friday, September 23, 2011

Hayra..oh Hayra...Breech vs ECV

Mengharapkan bayi kedua ini adalah perempuan.Aku di uji dengan kehamilan breech pada 27 minggu kehamilan. Rasa nak tercabut jantung...scan untuk tahu jantina tidak di hiraukan...hanya ada dalam kepala.Bagaimana nak menghadapi kelahiran nanti. Perkataan yang paling aku takut adalah caesarean..cz..Adoi...aku tak sanggup..Sapa nak jaga aku bila aku terlantar tak boleh bangun..Aku berazam secepat mungkin kali ni nak bagi BF pada anak ku...Ya allah tolong lah aku..

Macam-macam cara aku cari maklumat untuk bersalin cara normal.ECV..apa itu ECV. Extenal Cephalic Version.Tetapi ini cara yang akan di lakukan oleh doktor utk pusingkan baby.Dia akan lakukan dipantau melalui ultrasound.Aku dah tekat nak guna cara itu.Tapi doktor sentiasa sedapkan hati aku..baby akan pusing pada 32 minggu.

 Mak bidan dah cuba pusing..nampaknya dia tak berani.Terlintas pulak..menyesal jumpa mak bidan.Kang terbelit tali pusat anak.Memang betul bila aku bersalinkan Hayra.Terbelit tali pusat..adoi..terlintas mcm-macam dalam fikiran aku.Mujur di sambut oleh nurse yang berpengalaman.hayra di tahan di NICU selama 2 hari.Mujur tak berlaku benda yang tidak di ingini.

Macam-macam petua aku ikut. Bila mahu pakai kain batik.Bahagian bunga ke bawah dan sebelum pakai kain kebas (bhs kelate betulkan kain) dan selawat keatas junjungan nabi sambil berdoa agar bayi akan kepala kebawah.

Melayari youtube...senaman supaya bayi pusing kepala kebawah. Alahi..rupa-rupanya...sujud.Jadi aku sentiasa solat hajat dan sujud lama.Patut lah semasa kandungan 27 minggu aku rasa perut aku seakan 3 segi dan sakit bila berjalan.Rupa-rupanya kakinya kat pundi kencing aku.

Doktor cakap kalau dua minggu lagi jika masih breech aku akan di hantar jumpa pakar ECV.Jika itu keputusan aku nak ECV.Jika tidak berpusing juga aku boleh memilih cz...(jgnlah terjadi pada aku).Aku tak putus asa buat senaman mcm dlm youtube dan solat hajat.Aku sentiasa tinggi kan kaki dari kepala.Semput oi...mungkin dia rasa semput juga..tu yang pusing.Kali ni aku rasa perut aku segi tiga lagi..cepat-cepat aku buat senaman kagel.Bagi kepala dia still kat bawah.Alhamdulilah..esok temujanji dengan nurse..Nurse ucapkan tahniah..kepala baby ke bawah.Aku dah tak berani tidur terlentang..aku akan pastikan aku tidur mengiring.hahaha...

Inilah pengalaman mengandung songsang yang membuat aku lebih dekat dengan Allah swt

Entahlah Hayra Breech yang mana satu..aku fobia bila dia gerak..Eh..ni kaki ke..kepala ni..
ECV yang di lakukan oleh Doktor terlatih.Tapi alhamdulilah..aku tidak melalui kaedah ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...