Tuesday, September 13, 2011

Tanda Lahir Hayra Dania

Beberapa minggu kelahiran Hayra Dania aku baru perasan akan tanda lahirnya.Mungkin tanda lahirnya di sekitar belakang kepala menyebabkan aku kurang ambil perhatian.Tanda lahir aku dapat kesan setelah rambut asal Hayra dalam perut hampir gugur dan aku mengajak abahnya untuk cukur kesemua rambutnya. Tanda lahirnya merah dan benjol sedikit. Semasa kelahiranya...benda yang amat aku gerun adalah ada darah dalam mata putihnya...hampir 20 hari merah dalam matanya dan  hilang dengan sendirinya.

Kini aku sedapkan hati aku setelah ramai yang datang melawat dan menegur tanda merah di kepalanya. Ramai yang cakap 'Kene'..susah nak tulis bahasa kelantan. Ada orang bagi tahu butir gatal...dan macam-macam lah..Sebagai ibu aku berusaha macam-macam untuk kebaikan anak. Setiap pagi aku ambil air liur dari lelangit aku dan di sapu pada tandanya.Dengan selawat ke atas junjungan nabi. Selama berbulan-bulan aku buat..tiada kesan..masih sama.Tetapi aku percaya suatu hari nanti tanda itu akan mengecil.

Kekawan masih tertanya-tanya tentang tanda Hayra Dania.Makin ramai yang menanya bila rambutnya yang halus akan menyerlahkan tanda merah serta benjol tersebut. Aku dan suami menggunakan kemudahan internet melayari internet mencari apakan tanda merah Hayra Dania ini. Aku jumpa web http://permatahati.wordpress.com/2006/11/15/tanda-lahir-tidak-membahayakan-bayi/

Baru lah aku tahu bahawa tanda lahir Hayra Dania di kenali sebagai " Hemangiomas". Atau di sebut juga "strawberry hemangioma".

Bagi memuaskan hati aku..aku membuat laporan ke klinik desa dan di arah berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak. Amat luluh hati aku untuk berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak. Aku tidak puas hati ..tak akan kes mcm ni kena refer Pakar Bedah kot...Suami memujuk aku..dia kata itu mungkin kepakar untuk tanda tersebut. Setelah sebulan temujanji di buat untuk jumpa pakar di HRPZ II Kota Bharu.

4 Mei 2011 temujanji dengan Pakar Bedah Kanak-kanak iaitu MR. Mohd Tarmizi Md. Nor (Pakar MED. Surgery) Beliau merupakan Pakar Perundinan Bedah Pediatrik HRPZ II. Beliau memberi tahu bahawa memang tanda lahir Hayra Dania di kenali sebagai "Hemangiomas". Jangan dedahkan tanda tersebut pada benda-benda tajam. Ini akan menyebabkan darah akan mengalir dan membahayakan. "Hemangiomas" terbentuk akibat saluran darah sekitar tanda tersebut aktif dan saluran darahnya berlingkar dan tidak lurus macam saluran darah tempat lain.

Beliau mengingatkan kami supaya jangan cuba sebarang rawatan kampung dengan mencucuk dan apa-apa.Kemungkinan tanda tersebut akan mengecil itu pun dengan izin Allah. Insyallah.

Kini jika kami berjumpa dengan kekawan yang menanyakan tanda di kepala Hayra Dania. Kami tidak akan rasa gusar dan akan menjawab dengan lebih yakin.Kami juga tak salah kan sesiapa yang bertanya kan tanda tersebut kerana ia memang nampak bengkak dengan sedikit kemerahan dan ada tanda biru.Memang mcm dia bengkak di sebabkan jatuh.

Sebagai ibu saya selalu mendoakan Hayra Dania sihat dan membesar menjadi anak yang solehah hendaknya.AMIN.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...