Wednesday, September 21, 2011

Pengalaman Pahit Ke Pengalaman Manis Menyusu Badan

Semua orang tanya aku...apa pengalaman manis menyusukan anak.Susah aku nak jawab.Sebab bagi aku..nak sesuatu yang baik memang susah.Sesuatu yang baik perlukan pengorbanan dan melalui ke pahitan. Pengalaman menyusukan Haiqal susah nak gambarkan sebab kebodohan dan kurang membaca menjadikan aku tidak memberi susu badan dalam tempoh yang lama.Hanya tiga bulan..itu pun dua hari lepas balik hospital.Haiqal telah di perkenalkan dengan susu tin.Tiada rasa bersalah...aku meletakkan tanggungjawab abahnya utk membeli susu.Kerana aku akan mula kerja nanti. Jika ada di klinik susu murah.Kami akan bergegas untuk beli dengan stok yang banyak.

Melayari internet mencari susu tin terbaik untuk anak aku tiada.Ini lah kebodohan aku. Rupa-rupanya..susu terbaik adalah susu ibu.Jika kita beli susu tin harga RM1++.Tak dpt menandingi susu ibu.

Tapi..kini kita di dedahkan dengan cara menyimpan stok susu badan,cara memanaskan susu EBM.Ada website yang sedia membantu kita jika ada kemusykilan nak memberi susu badan. Aku bertuah kerana di buka pintu dan jalan untuk menyusukan Hayra Dania hingga kini dia dah berusia 10 bulan. Rasa cepat masa berlalu...Anak aku mendapat khasiat susu badan sepenuhnya. Aku tabik spring pada ibu-ibu lain yang mungkin lebih lama dari aku. Aku golongan bertuah kerana berpeluang untuk pump susu di pejabat dan dibawa balik kerumah. TQ pada www.ratuhati.com dan dunia susu.Yang menceritakan pengalaman menyusu anak.

Tiga bulan pertama memberi susu badan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kekerapan memberi dan melekapkan mulut baby ke areola apalah penting.Dulu aku sentiasa berfikir memberi susu badan adalah sifat semula jadi.Jadi aku tak akan mencari ilmu..Kita perlu berilmu untuk memberi kebaikan pada anak kita. Sebagai contoh..kita mesti mengosongkan sebelah payudara bagi memastikan anak kita menerima susu awal dan susu akhir.Iaitu air dan lemak..Jika kita tiada ilmu..mcm mana kita nak bagi yg terbaik utk anak-anak.
Di NICU HUSM..doktor ambil perhatian sbb semasa melahirkan nya terbelit tali pusat dan  ada sedikit kebiruan.Tp doktor cakap tak ada nampak wayar lintang pukang kan.Jadi dia..tidak kritikal.Alhamdulilah.
Aku hanya cuti 2 bulan sahaja. Selepas 40 hari Hayra menikmati susu badan secara direct. Aku mula buat stok.Mula-mula pump mmg sedikit..sekitar 2oz je..aku rasa sedikit.Tapi Allah siapkan rezeki anak kita mencukupi.Hayra jenis isap..2oz setiap sesi. Time dia bangun nak menyusu..aku kosongkan sebelah payudara dan sebelah lagi untuk pump.Dengan ini aku dapat buat stok walaupun dia menyusu.

Hampir memulakan tugas..aku di belenggu dengan kesukaran dia tidak mahu menghisap susu melalui botol.Dia rela berlapar dan menangis..Aku turut menangis...hanya tuhan sahaja tahu.Aku hampir putus asa.Mujurkan suami dan tok ma..banyak membantu.Bila aku keletihan..mereka akan ambik dan bergilir-gilir memujuk hayra supaya menyusu melalui botol. Bermacam-macam puting aku cuba...dia tidak mahu. Tok ma...dia bagi semangat..bila lapar dia akan isap lah.Terasa lama utk membiasakan dia menghisap susu.Aku pula lebih selesa memberi direct.Tapi mcm mana nak kerja mcm ni.

Suami tak putus asa beri sokongan supaya aku terus buat stok. Di rumah kita mudah letih bila mahu buat stok.Kita akan cepat putus asa..Sebab mengepam memerlukan kesabaran.Sedangkan kita banyak kerja nak di buat.Time tu pandai-pandai mencuri masa..utk mengepam.Mengikut jadual teratur mengepam.Menjadikan air susu kita banyak.

Bila kita bekerja..kita akan lebih selesa dengan jadual pump yang lebih stabil.Masa ini lah kita rasa tanggungjawab isteri di rumah adalah lebih berat dari di pejabat..hehehe.Yang penting adalah kesabaran...bila pengalaman pahit berlalu...baru lah datang kemanisan tak terhingga memberi susu badan pada insan tersayang.

Semoga anak-anak kita menerima susu dan makanan yang halal lagi baik.

7 comments:

  1. Alhamdulillah..at least sarah boleh susukan anak2 sepenuhnya..mcm knur diaorang menyusu badan stakat 2 bulan pun tak sampai kot..sebab 'kekeringan'..
    p/s: hepi blogging..nampaknya sarah dah pandai dan ada bakat menulis :)gud luck for u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing admin. Walaupun post ni dh lama huhu. but i learn bnyk jgk. thx ya. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Delete
  2. Alhamdulillah atas rezeki yang diberiNya sehingga sekarang.Ni mungkin berkat sokongan kawan² dan bos yang beri peluang kursus hanya di sekitar kelantan je.Ni menyebabkan jadual pump sarah stabil.
    P/s: sebenarnya sarah admire blog kak nur. :))

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya pun lebih suka menyusukan bayi sendiri, Cuma berpeluang untuk full bf baby ke2, berbanding yg sulung. BF lagi best berbanding susu formula. Dahlah harga mahal, lepas tu pulak, tak semuanya serasi dengan baby, sampai baby menangis-nangis sebab berak keras.. huuhuu

    Saya lebih suka breastfeeding. :)
    - umminiena.wordpress.com

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..sy ibu kepada 3 orang hero..ketiga- tiga hero ti menyusu badan..skrg ni bby ti umur 5 bln memng full bf.dn ti nk menyusu adeeb sampai 2 tahun..jom kita sama- sama jayakan penyususn ank kita..rugi tau xnyusu kat ank sendiri..ti bnyk gak menulis bab menyusu kt blog ti..supaya ibu-ibu lain pun dpt mnfaat..jemputlh jln- jln kt blog ti utk kongsi- kongsi pendapat..natrah4ever.blogspot.com..assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Menyusu badan memang akan jadikan ibu lebih kuat kan. Bukan senang nak berterusan menyusukan ibu.

    Mazni setuju dengan point sis .. susu tin yan paling mahal pun tak boleh lawan khasiat susu ibu.

    Untung betul ibu dan anak zaman dulu.

    Dari pengalaman mazni sendiri.. nak menyusu badan sangat dibantu oleh pam susu yang berkualiti.

    Dulu masa anak pertama pakai pam murah je. susu pun segan segan nak keluar. sampai teruk bengkak susu.

    Anak kedua ada rezeki lebih dapat beli pam susu medela lifestyle. memang berbaloi.

    Campur pula dengan khasiat makanan sunnah danseperti kurma dan madu.. dan juga set ibu menyusu shaklee .. Alhamdulillah setakat ni pengeluaran susu memang meriah.

    Mazni pun setuju dengan sis, bahagian sokongan suami memang sangat mustahak. kalau takde orang tolong basuh kan pam pun susah

    Sambi sambil tu selalu rujuk di forum ratuhati. Banyak pengalaman menyusu ibu lain.

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan,

    Memang susu ibu susu terbaik. Saya sendiri menyusukan 3 orang anak penuh. Tapi tulah, kadang kita diuji, supaya ada empathy.

    threshold tahap kesabaran setiap orang pon berbeza. ada orang memang tak sanggup sabar dan tahan bab menyusu ni. dan ada orang memang tak nak pon menyusukan anak.

    apa pon, ia tak jadikan kita less of a mother. hehehe. saya sendiri 100% dibesarkan dengan susu lembu. Muahahhaa.

    Salam perkenalan dari Farha IbuCergas

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...