Saturday, September 24, 2011

Bila Cinta Kami Di Atas Satu Katil


Baru semalaman di tinggal oleh abahnya.Haiqal tak henti-henti dia bertanya
" Bila abah nak balik?"
"Mami dah call abah ke...?"
"Kat Lojing tak ade line sayang."
"Telifon abah rosak ke?"
"Bukan telifon abah rosak.Kat sana dalam hutan.Tak ada line telifon."
"Tak ada line telifon.Mcm rumah kita kena curi kabel ke?"
Tak larat doh mami nak jawab...adoi..sakit kepala...harap hari ni hanya untuk mami dan anak-anak je.blh lah mami bermalas-malasan. Mandi kan anak-anak...tutup langsir..pasang penghawa dingin dan zzzzzzzzz....

Pukul 8.00mlm abah call guna handset kawan dia.Handset abah dah habis bateri.Dah syak sbb tgk charger abah tertinggal.Abah cakap balik lewat sikit.Nak berhenti makan dengan kekawan.Mami setuju aje...syukur...klw balik lewat mami tak mahu masuk dapur.Paham jiwa betul abah ni..TQ.

Pukul 11.00 mlm mami dah tidur masa abah balik.Sebelum tu...Haiqal cakap dia nak tggu abah dia balik.Dia tak dapat tidur.Banyak cerita dia nak bagi tahu abah dia.Hanya sehari semalaman di tinggal abah. Dia dah excited nak jumpa abah dia.

Bila abah masuk dalam rumah.Dia lah orang yang bising menyambut kepulangan abah dia.Setiap langkah abah dia..Dia mengekor je...Kesian abah...lelah tak hilang lagi.Haiqal mengekor sampai ke bilik air.Bila abah dia mandi..Dia masih bercerita...dengar tak dengar dia bercerita pada abah dia di luar bilik air.Bila abah dia keluar bilik air...terus abah dia naik katil.Selesa jumpa katil kat rumah lagi kut.Haiqal masih tak berhenti cerita...
"Abah tahu dok..kak shasha pengsan kat rantau pjg"
"Abah beli gapo kat abe haiqal"
"Haiqal nak baju ultroman"
"Mami beli CD game cars ko abe Haiqal.Nanti beli CD game gocoh hok baru deh."
Mami apa lagi..sambung tidur..Dalam mamai dengar dia merayu...
"Abah boleh Haiqal tidur dgn abah atas katil?"
"Abe Haiqal besar doh..sebenar kena tidur dlm bilik lain."
"Mlm ni je...boleh Haiqal gaga abah?"(gaga=tabiat dia...suka masukkan tgn /kaki kat belakang kita...hehehe.mami dah lama tak kena.Sejak mengandungkan Hayra).
"Bakpo adik boleh tidur atas katil dengan abah dengan mami?"
Abah dah keletihan..dah tak larat nak jawab..Terus peluk dia..Rindu sgt dia kat abah..Baru semalaman kena tinggal.Sayu hati aku..Seusia itu kehidupan aku jauh berbeza..Mak dan abah aku berpisah pada usia aku 7 tahun.

Dalam hati TQ abang..layan anak saya baik.Semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki.Jika Allah ingin ambil nyawa salah satu dari kita berdua.Semoga Allah ambil nyawa aku dahulu.Aku tahu anak-anak lebih perlukan abg.

Dalam diam..aku bersyukur..Bila Cinta Kami Di Atas Satu Katil...bersama insan tersayang.Anak-anak adalah nyawa mami.Mcm mana nak buat ye.Anak makin besar..Katil still mcm tu...alahai..Nampak kena tambah satu lagi katil.Kalau tak boleh tambah katil.Tambah adik Haiqal lagi sorang...hehehe.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...