Tahniah kepada kekawan yang berjaya menyusu ibu secara eksklusif .Saya sendiri masih baru dan dalam proses belajar dan berharap dapat memberi susu ibu kepada anak saya selama yang mungkin.Sebelum ini saya tiada ilmu dan kurang kesedaran tentang kebaikan susu ibu.Mujurlah ada saluran internet dan kempen-kempen di hospital yang makin rancak mengalakan penyusuan ibu.Saya hanya berjaya menyusu anak pertama selama 3 bulan sahaja.Ini ekoran kurang kesedaran dan tiada ilmu serta menganggap susu ibu remeh.
Mungkin ramai yang menganggap penyusuan ibu adalah kolot.Macam minah kampung...memalukan dan meremehkan.Sebagai ibu dan dalam islam menuntuk kepada kita ibu bapa.Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia MAMPU.
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.
Susu formula tidak dapat menandingi susu ibu. Meskinpun susu formula termahal di pasaran tidak dapat menandingi susu ibu. Cuba kawan-kawan fikir...mcm mana proses awet yang di lakukan pada susu formula.Yang bertahan sehingga berbulan-bulan dan bertahun-tahun yang akan masuk kedalam mulut anak kita.
Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.
Tuesday, September 27, 2011
Saturday, September 24, 2011
Bila Cinta Kami Di Atas Satu Katil
Baru semalaman di tinggal oleh abahnya.Haiqal tak henti-henti dia bertanya
" Bila abah nak balik?"
"Mami dah call abah ke...?"
"Kat Lojing tak ade line sayang."
"Telifon abah rosak ke?"
"Bukan telifon abah rosak.Kat sana dalam hutan.Tak ada line telifon."
"Tak ada line telifon.Mcm rumah kita kena curi kabel ke?"
Tak larat doh mami nak jawab...adoi..sakit kepala...harap hari ni hanya untuk mami dan anak-anak je.blh lah mami bermalas-malasan. Mandi kan anak-anak...tutup langsir..pasang penghawa dingin dan zzzzzzzzz....
Pukul 8.00mlm abah call guna handset kawan dia.Handset abah dah habis bateri.Dah syak sbb tgk charger abah tertinggal.Abah cakap balik lewat sikit.Nak berhenti makan dengan kekawan.Mami setuju aje...syukur...klw balik lewat mami tak mahu masuk dapur.Paham jiwa betul abah ni..TQ.
Pukul 11.00 mlm mami dah tidur masa abah balik.Sebelum tu...Haiqal cakap dia nak tggu abah dia balik.Dia tak dapat tidur.Banyak cerita dia nak bagi tahu abah dia.Hanya sehari semalaman di tinggal abah. Dia dah excited nak jumpa abah dia.
Bila abah masuk dalam rumah.Dia lah orang yang bising menyambut kepulangan abah dia.Setiap langkah abah dia..Dia mengekor je...Kesian abah...lelah tak hilang lagi.Haiqal mengekor sampai ke bilik air.Bila abah dia mandi..Dia masih bercerita...dengar tak dengar dia bercerita pada abah dia di luar bilik air.Bila abah dia keluar bilik air...terus abah dia naik katil.Selesa jumpa katil kat rumah lagi kut.Haiqal masih tak berhenti cerita...
"Abah tahu dok..kak shasha pengsan kat rantau pjg"
"Abah beli gapo kat abe haiqal"
"Haiqal nak baju ultroman"
"Mami beli CD game cars ko abe Haiqal.Nanti beli CD game gocoh hok baru deh."
Mami apa lagi..sambung tidur..Dalam mamai dengar dia merayu...
"Abah boleh Haiqal tidur dgn abah atas katil?"
"Abe Haiqal besar doh..sebenar kena tidur dlm bilik lain."
"Mlm ni je...boleh Haiqal gaga abah?"(gaga=tabiat dia...suka masukkan tgn /kaki kat belakang kita...hehehe.mami dah lama tak kena.Sejak mengandungkan Hayra).
"Bakpo adik boleh tidur atas katil dengan abah dengan mami?"
Abah dah keletihan..dah tak larat nak jawab..Terus peluk dia..Rindu sgt dia kat abah..Baru semalaman kena tinggal.Sayu hati aku..Seusia itu kehidupan aku jauh berbeza..Mak dan abah aku berpisah pada usia aku 7 tahun.
Dalam hati TQ abang..layan anak saya baik.Semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki.Jika Allah ingin ambil nyawa salah satu dari kita berdua.Semoga Allah ambil nyawa aku dahulu.Aku tahu anak-anak lebih perlukan abg.
Dalam diam..aku bersyukur..Bila Cinta Kami Di Atas Satu Katil...bersama insan tersayang.Anak-anak adalah nyawa mami.Mcm mana nak buat ye.Anak makin besar..Katil still mcm tu...alahai..Nampak kena tambah satu lagi katil.Kalau tak boleh tambah katil.Tambah adik Haiqal lagi sorang...hehehe.
Friday, September 23, 2011
Hayra..oh Hayra...Breech vs ECV
Mengharapkan bayi kedua ini adalah perempuan.Aku di uji dengan kehamilan breech pada 27 minggu kehamilan. Rasa nak tercabut jantung...scan untuk tahu jantina tidak di hiraukan...hanya ada dalam kepala.Bagaimana nak menghadapi kelahiran nanti. Perkataan yang paling aku takut adalah caesarean..cz..Adoi...aku tak sanggup..Sapa nak jaga aku bila aku terlantar tak boleh bangun..Aku berazam secepat mungkin kali ni nak bagi BF pada anak ku...Ya allah tolong lah aku..
Macam-macam cara aku cari maklumat untuk bersalin cara normal.ECV..apa itu ECV. Extenal Cephalic Version.Tetapi ini cara yang akan di lakukan oleh doktor utk pusingkan baby.Dia akan lakukan dipantau melalui ultrasound.Aku dah tekat nak guna cara itu.Tapi doktor sentiasa sedapkan hati aku..baby akan pusing pada 32 minggu.
Mak bidan dah cuba pusing..nampaknya dia tak berani.Terlintas pulak..menyesal jumpa mak bidan.Kang terbelit tali pusat anak.Memang betul bila aku bersalinkan Hayra.Terbelit tali pusat..adoi..terlintas mcm-macam dalam fikiran aku.Mujur di sambut oleh nurse yang berpengalaman.hayra di tahan di NICU selama 2 hari.Mujur tak berlaku benda yang tidak di ingini.
Macam-macam petua aku ikut. Bila mahu pakai kain batik.Bahagian bunga ke bawah dan sebelum pakai kain kebas (bhs kelate betulkan kain) dan selawat keatas junjungan nabi sambil berdoa agar bayi akan kepala kebawah.
Melayari youtube...senaman supaya bayi pusing kepala kebawah. Alahi..rupa-rupanya...sujud.Jadi aku sentiasa solat hajat dan sujud lama.Patut lah semasa kandungan 27 minggu aku rasa perut aku seakan 3 segi dan sakit bila berjalan.Rupa-rupanya kakinya kat pundi kencing aku.
Doktor cakap kalau dua minggu lagi jika masih breech aku akan di hantar jumpa pakar ECV.Jika itu keputusan aku nak ECV.Jika tidak berpusing juga aku boleh memilih cz...(jgnlah terjadi pada aku).Aku tak putus asa buat senaman mcm dlm youtube dan solat hajat.Aku sentiasa tinggi kan kaki dari kepala.Semput oi...mungkin dia rasa semput juga..tu yang pusing.Kali ni aku rasa perut aku segi tiga lagi..cepat-cepat aku buat senaman kagel.Bagi kepala dia still kat bawah.Alhamdulilah..esok temujanji dengan nurse..Nurse ucapkan tahniah..kepala baby ke bawah.Aku dah tak berani tidur terlentang..aku akan pastikan aku tidur mengiring.hahaha...
Inilah pengalaman mengandung songsang yang membuat aku lebih dekat dengan Allah swt

Entahlah Hayra Breech yang mana satu..aku fobia bila dia gerak..Eh..ni kaki ke..kepala ni.. |
ECV yang di lakukan oleh Doktor terlatih.Tapi alhamdulilah..aku tidak melalui kaedah ni. |
Wednesday, September 21, 2011
Jom...buat lakaran rumah dgn smartdraw
Excited jalan-jalan open house.Tengok kediaman kekawan yang susun aturnya pelbagai jenis.Aku terlintas nak cuba software susun atur rumah. Bagi teman-teman yang ada keingin nak tengok susun atur rumah.Boleh lah cuba-cuba melayari www.smartdraw.com..download dan cuba.hanya seminggu dia bagi untuk kita melakar dan susun atur rumah idaman kita
selamat mencuba kawan-kawan...
merancang awal susun atur perabot mencantikkan lagi kedudukan plug rumah kita nanti |
Pengalaman Pahit Ke Pengalaman Manis Menyusu Badan
Semua orang tanya aku...apa pengalaman manis menyusukan anak.Susah aku nak jawab.Sebab bagi aku..nak sesuatu yang baik memang susah.Sesuatu yang baik perlukan pengorbanan dan melalui ke pahitan. Pengalaman menyusukan Haiqal susah nak gambarkan sebab kebodohan dan kurang membaca menjadikan aku tidak memberi susu badan dalam tempoh yang lama.Hanya tiga bulan..itu pun dua hari lepas balik hospital.Haiqal telah di perkenalkan dengan susu tin.Tiada rasa bersalah...aku meletakkan tanggungjawab abahnya utk membeli susu.Kerana aku akan mula kerja nanti. Jika ada di klinik susu murah.Kami akan bergegas untuk beli dengan stok yang banyak.
Melayari internet mencari susu tin terbaik untuk anak aku tiada.Ini lah kebodohan aku. Rupa-rupanya..susu terbaik adalah susu ibu.Jika kita beli susu tin harga RM1++.Tak dpt menandingi susu ibu.
Tapi..kini kita di dedahkan dengan cara menyimpan stok susu badan,cara memanaskan susu EBM.Ada website yang sedia membantu kita jika ada kemusykilan nak memberi susu badan. Aku bertuah kerana di buka pintu dan jalan untuk menyusukan Hayra Dania hingga kini dia dah berusia 10 bulan. Rasa cepat masa berlalu...Anak aku mendapat khasiat susu badan sepenuhnya. Aku tabik spring pada ibu-ibu lain yang mungkin lebih lama dari aku. Aku golongan bertuah kerana berpeluang untuk pump susu di pejabat dan dibawa balik kerumah. TQ pada www.ratuhati.com dan dunia susu.Yang menceritakan pengalaman menyusu anak.
Tiga bulan pertama memberi susu badan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kekerapan memberi dan melekapkan mulut baby ke areola apalah penting.Dulu aku sentiasa berfikir memberi susu badan adalah sifat semula jadi.Jadi aku tak akan mencari ilmu..Kita perlu berilmu untuk memberi kebaikan pada anak kita. Sebagai contoh..kita mesti mengosongkan sebelah payudara bagi memastikan anak kita menerima susu awal dan susu akhir.Iaitu air dan lemak..Jika kita tiada ilmu..mcm mana kita nak bagi yg terbaik utk anak-anak.
Hampir memulakan tugas..aku di belenggu dengan kesukaran dia tidak mahu menghisap susu melalui botol.Dia rela berlapar dan menangis..Aku turut menangis...hanya tuhan sahaja tahu.Aku hampir putus asa.Mujurkan suami dan tok ma..banyak membantu.Bila aku keletihan..mereka akan ambik dan bergilir-gilir memujuk hayra supaya menyusu melalui botol. Bermacam-macam puting aku cuba...dia tidak mahu. Tok ma...dia bagi semangat..bila lapar dia akan isap lah.Terasa lama utk membiasakan dia menghisap susu.Aku pula lebih selesa memberi direct.Tapi mcm mana nak kerja mcm ni.
Suami tak putus asa beri sokongan supaya aku terus buat stok. Di rumah kita mudah letih bila mahu buat stok.Kita akan cepat putus asa..Sebab mengepam memerlukan kesabaran.Sedangkan kita banyak kerja nak di buat.Time tu pandai-pandai mencuri masa..utk mengepam.Mengikut jadual teratur mengepam.Menjadikan air susu kita banyak.
Bila kita bekerja..kita akan lebih selesa dengan jadual pump yang lebih stabil.Masa ini lah kita rasa tanggungjawab isteri di rumah adalah lebih berat dari di pejabat..hehehe.Yang penting adalah kesabaran...bila pengalaman pahit berlalu...baru lah datang kemanisan tak terhingga memberi susu badan pada insan tersayang.
Semoga anak-anak kita menerima susu dan makanan yang halal lagi baik.

Tuesday, September 20, 2011
Open House dan Rumah Baru
Kekenyangan di musim ini.Sekarang musim open house ...Ramai juga yang masuk rumah baru...Walaupun hartanah di kelantan ni mahal.Tapi bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Rumah baru dan pelbagai paten di buat. Aku excited dengan pemikiran rakyat kelantan yang memilih membeli rumah sebagai aset.
Tabik spring buat Hafiz dan Na..yang di usia muda.Belum pun masuk umur 30 dan baru bekerja.Telah membuat keputusan berani membeli rumah idaman mereka di Taman Zaida Puteri..lawa lah nama taman. Kalau kat rumah aku..nak letak Taman Sara Puteri...ok tak..hehe.Kat kampung..Atas Pinggir.omputer translate village on edge
Rumah Kak Nik Haya & Abg Wahab. Rumah kedua mereka...home sweet home |
Majlis kesyukuran rumah Hafiz dan na...sory lupa nak ambik pic kat luar rumah...rumah yang tersergam indah. |
Sunday, September 18, 2011
Keutamaan Solat
Allah SWT berfirman :
" ..sesungguhnya solat itu diperlukan atas orang-orang mukim pada waktunya."
(Q.S.An-Nisa :103)
Rasulullah SAW bersabda :
" Solat lima waktu diwajibkan Allah atas hamba-hambanya Nya.Sesiapa melakukannya dan tidak sia-siakan sesuatu darinya kerana meremehkan haknya,maka untuknya di sisi Allah ada janji bahawa akan memasukkan dia ke Syurga."
Rasulullah SAW bersabda :
"Solat itu tiang agama.Siapa meninggalkannya,seungguh telah merobohkan agama."
Telah berkata Abu Hurairah ra,"Siapa wudhuk dengan baik ,lalu keluar hendak solat,sesunggunya ia dalam solat selama menuju kepadanya dan di tulis untuknya setiap langkah satu kebaikan dan di hapus dengan langkah berikutnya satu keburukan. Jika mendengar qamat,tidak seharusnya kamu memperlambatkan.Sungguh yang paling agung pahalanya adalah kamu paling jauh rumahnya.
"Mengapa, wahai Abu Hurairah?" tanya mereka. Dia berkata , " Kerana banyak langkahnya."
"Setiap muslim yang sujud kepada Allah satu kali maka Dia akan mengangkat darjatnya dan menghapus keburukannya."

kekuasan Allah SWT |
Saturday, September 17, 2011
McD Dinner Box
Yahoo..esok cuti..apa yang nak di buat.Abah terima sms...first touch beritahu handset abah dah siap.First touch depan pantai timur KB..wa..dekat dengan McD tu..Haiqal dan siap-siap bagi tahu nak set mainan kat McD.
Sambil tgk anak-anak main...blh makan-makan..murah juga set Dinner Box bagi kami yang ramai ni.hehe...
kesian tok ma..ngantuk...tunggu yea tok ma..haiqal dan hayra belum puas main.lagi pun esok cuti |
Wednesday, September 14, 2011
Lakaran coretan anak-anak ku..
Ini mungkin kisah lama-lama..ingin ku potret kan dalam blog kesayangan ku..tentang memori membesarkan anak-anak...Rasa baru semalam aku melahirkan Haiqal..rupa-rupanya sudah lima tahun Haiqal sekarang.Korek dalam pen drive..pic lama-lama..alhamdulilah ada..semoga lakaran ini menjadikan anak-anak mami..mengingati mami bila mami tiada lagi.
Betul cakap-cakap orang dulu..hidup seorang lain..hidup berdua lain..kehadiran anak-anak menambahkan seri kehidupan. Tanpa kehadiran mereka..mungkin kehidupan mami dan abah tak bermakna.Menanti kehadiran anak-anak mami..Mami dan abah di duga dengan pelbagai masalah. Dah lah selalu abortion dan terpaksa kena D&C. D&C terpaksa di buat dlm bilik bedah..Kesian abah..kena ulang alik kat HUSM.habis semua org kalut.tup-tup lepas D&C kami bertuah di anugerahkan lagi.Alhamdulilah.
Tapi..berkat doa abah haiqal dan hayra..mami boleh di kategori mudah bersalin gak lah...Abah korang tak pernah putus doa..agar mami mudah bersalin.Ia lah..mami ni kan anak yatim piatu. Mujur ado tok ma (Wan Shafeah ) yang menjaga mami dan korang (anak-anak mami).Jom.. kita doa semua Tok Ma di panjangkan umur dan sihat menjalani amal ibadah. Semoga kita di pertemukan di sana nanti. Insyallah
Kehadiran korang amat mengembirakan mami. Tak dapat mami bayangkan bertapa gembiranya mami. Mami berdoa agar kamu berjaya di dunia dan akhirat. Berakhlak mulia...beramal soleh..yang penting cita-cita Haiqal nak jadi doktor gigi.Mami akan selalu menyokong dan mendoakan kamu berdua.

Genap umur 12 bulan..kami nak menyambut raya puasa..dia dah boleh jalan-jalan rebah. |
Hobi Haiqal..korek telinga...mcm baba lah |
Cepat masa berlalu..dah setahun |
Happy birthday Ammar Asyraf..hencem..mcm omputeh..mcm mami dolu..dolu.. |
Dah 2 tahun...Happy Birthday sayang..mami dan abah love u.. |
Copy and paste..kembar lain tahun..hahaha |
welcome sayang.. |
Tuesday, September 13, 2011
Tanda Lahir Hayra Dania
Beberapa minggu kelahiran Hayra Dania aku baru perasan akan tanda lahirnya.Mungkin tanda lahirnya di sekitar belakang kepala menyebabkan aku kurang ambil perhatian.Tanda lahir aku dapat kesan setelah rambut asal Hayra dalam perut hampir gugur dan aku mengajak abahnya untuk cukur kesemua rambutnya. Tanda lahirnya merah dan benjol sedikit. Semasa kelahiranya...benda yang amat aku gerun adalah ada darah dalam mata putihnya...hampir 20 hari merah dalam matanya dan hilang dengan sendirinya.
Kini aku sedapkan hati aku setelah ramai yang datang melawat dan menegur tanda merah di kepalanya. Ramai yang cakap 'Kene'..susah nak tulis bahasa kelantan. Ada orang bagi tahu butir gatal...dan macam-macam lah..Sebagai ibu aku berusaha macam-macam untuk kebaikan anak. Setiap pagi aku ambil air liur dari lelangit aku dan di sapu pada tandanya.Dengan selawat ke atas junjungan nabi. Selama berbulan-bulan aku buat..tiada kesan..masih sama.Tetapi aku percaya suatu hari nanti tanda itu akan mengecil.
Kekawan masih tertanya-tanya tentang tanda Hayra Dania.Makin ramai yang menanya bila rambutnya yang halus akan menyerlahkan tanda merah serta benjol tersebut. Aku dan suami menggunakan kemudahan internet melayari internet mencari apakan tanda merah Hayra Dania ini. Aku jumpa web http://permatahati.wordpress.com/2006/11/15/tanda-lahir-tidak-membahayakan-bayi/
Baru lah aku tahu bahawa tanda lahir Hayra Dania di kenali sebagai " Hemangiomas". Atau di sebut juga "strawberry hemangioma".
Bagi memuaskan hati aku..aku membuat laporan ke klinik desa dan di arah berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak. Amat luluh hati aku untuk berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak. Aku tidak puas hati ..tak akan kes mcm ni kena refer Pakar Bedah kot...Suami memujuk aku..dia kata itu mungkin kepakar untuk tanda tersebut. Setelah sebulan temujanji di buat untuk jumpa pakar di HRPZ II Kota Bharu.
4 Mei 2011 temujanji dengan Pakar Bedah Kanak-kanak iaitu MR. Mohd Tarmizi Md. Nor (Pakar MED. Surgery) Beliau merupakan Pakar Perundinan Bedah Pediatrik HRPZ II. Beliau memberi tahu bahawa memang tanda lahir Hayra Dania di kenali sebagai "Hemangiomas". Jangan dedahkan tanda tersebut pada benda-benda tajam. Ini akan menyebabkan darah akan mengalir dan membahayakan. "Hemangiomas" terbentuk akibat saluran darah sekitar tanda tersebut aktif dan saluran darahnya berlingkar dan tidak lurus macam saluran darah tempat lain.
Beliau mengingatkan kami supaya jangan cuba sebarang rawatan kampung dengan mencucuk dan apa-apa.Kemungkinan tanda tersebut akan mengecil itu pun dengan izin Allah. Insyallah.
Kini jika kami berjumpa dengan kekawan yang menanyakan tanda di kepala Hayra Dania. Kami tidak akan rasa gusar dan akan menjawab dengan lebih yakin.Kami juga tak salah kan sesiapa yang bertanya kan tanda tersebut kerana ia memang nampak bengkak dengan sedikit kemerahan dan ada tanda biru.Memang mcm dia bengkak di sebabkan jatuh.
Sebagai ibu saya selalu mendoakan Hayra Dania sihat dan membesar menjadi anak yang solehah hendaknya.AMIN.

Monday, September 12, 2011
Kenangan Indah
Melihat pembesaran anak-anak ini macam melihat kuntuman bunga.Semakin hari semakin berkembang dan mengembirakan kita. Setiap gelagat nya menyenangkan jiwa kita.
Dia semakin rajin berjalan setelah jatuh dan bangun |
Ada yang tak kena di hati |
Abang-abang yang terlalu sayangkan dia |
Ammar asyraf yang perihatin pada Hayra |
Sibuk nak berjalan sana sini |
he he... |
Happy boleh masuk dalam bakul |
Senyuman yang paling mami suka |
Hayra yang bucuk |
Haiqal Naufal dan Hayra Dania |
Sibuk bila mami hamparkan sejadah untuk sembahyang..dia pun turut serta nak buat aksi rukuk |
Dah pandai menyelongkar almari mami |
Abang yang bz |
Berhenti rehat makan sekejap |
silau lah... |
saya suka gam abe ni..saya nak jugak |
jangan pegang saya... |
saya suka... |
jangan geletek saya |
happy... |
Saturday, September 10, 2011
Tapai Pulut..
Lepas raya perasaan nak belajar buat tapai...Excited sangat-sangat nak belajar buat tapai sampai tak terurus Hayra Dania...kesian anak mami...Setelah belajar buat sebanyak 3 kali akhirnya berjaya.Tapi kemanisan tiada..maybe kena cari ragi yang manis untuk buat tapai.
1 cawan beras sama dengan 1 cawan air |
rendam dengan air selama 2 - 3 jam.sebaiknya rendam dengan air biasa dahulu tanpa perwarna.mengelakkan ragi susah nak masuk dalam beras yang akan di peram. |
rendam dengan warna purple |
beras yang siap di tanak di sejukkan dalam pinggan |
balik-balik kan pulut untuk rata kan ragi. |
setelah masukkan dalam bekan kecil..ambik kain dan bungkus |
bekas kecil-kecil |
bekas tapai yang siap di masukkan |
beg yang di gunakan untuk peram tapai. selalunya mengambil masa 2 hari.tapi guna beg ni boleh makan dlm masa 1 hari semalaman |
tada....tapai beras yang siap di peram dan boleh di makan.boleh di letak dalam peti sejuk..makan sejuk2 baru best |
Thursday, September 8, 2011
Membesarkan Anak Adalah Tanggungjawab Yang Besar
Mungkin ramai kawan-kawan seangkatan dengan aku tengah aktif mengandung dan bersalin sekarang. Aku memang menghargai wanita-wanita yang bertuah dapat mengandung ni. Sebab aku sendiri melalui pelbagai saat sedih setiap kali mengandung...Aku selalu abortion dan terpaksa D&C.
Satu ilmu yang aku dapat kongsi dengan kakak dekat ofis aku untuk membesarkan anak. Terima kasih padanya yang mengetuk minda aku untuk memberikan terbaik untuk putera puteri aku. Ia lah...bukan sahaja makan yang baik lagi halal kena beri pada anak.Tetapi cara percakapan dan teladan yang baik untuk anak-anak kita contohi. Yang penting aku sebagai seorang ibu sentiasa mendoakan terbaik untuk anak-anak.AMIN
Semoga Haiqal Naufal dan Hayra Dania menjadi anak yang soleh dan solehah..yang menghafal al-quraan serta beriman pada Nya.
Aku tertarik dengan mendedahkan buku dari usia yang kecil lagi. Tak kira lah ...4 bulan pun dah boleh mula beri buku dan di jadikan sebagai mainan. Berbeza antara Hayra dan Haiqal..nampak IQ Hayra lebih kepada buku-buku dan menulis. Alhamdulilah..semoga anak mami ini bukan sahaja bijak tetapi menjadi anak yang solehan.
Teringat semasa mengandung kan Hayra...aku berhajat untuk membeli pencetus impuls baby dari dalam perut lagi. Tetapi suami mencadangkan membeli MP4 dan memasang alunan bacaan Al-quraan di perut bagi memperdengarkan pada baby dalam perut. Selain itu juga memakan kacang badam ,buah kismis dan kurma. Memang betul Hayra berbeza..sunat-sunat nabi baik di ikuti bagi melahirkan generasi Islam yang berkualiti.
melayari http://www.brillbaby.com/ menambahkan ke azaman aku semula untuk merangsang minda anak-anak. Tanggungjawab seorang ibu bapa tak akan habis..Semoga aku menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.

Tuesday, September 6, 2011
riang ria raya 2011
Tahun ni kami memilih warna merah..rasa macam kongsi raya lah pulak..kepala ni masih mamai buat bayaran bonus dan gaji melalui sistem.Macam-macam dugaan di tempuhi dengan persoalan bila kakitangan di kenakan PCB yang melambung. ha..ha..ha..:))
Raya tahun ni sunyi tanpa kehadiran anak-anak buah dari putrajaya dan perak. Hanya kami satu kelompok kecil sahaja. Tapi bagaikan sehati sejiwa..warna merah dan purple menjadi pilihan kami. Coretan hari raya kami hanya berkisar di pasir mas.Tapi cukup meletihan dan menyeronokan bila kami bergerak bersama-sama ke rumah sanak saudara.

riang ria raya 2011 |
semoga kami berkasih sayang hingga akhir hayat |
telatah puteri kami |
Di besut |
Subscribe to:
Posts (Atom)