Monday, March 26, 2012

Fasa Pertama : Membina impian...membina mahligai...

Setiap orang mempunyai impian tersendiri..Kami mempunyai impian untuk tumpang berteduh sementara pergi ke alam sana. Jika impian kami tercapai maka...aman lah hati ku bahawa aku tahu anak-anak ku telah ada rumah untuk mereka diami.

Membina impian..membina mahligai..Disini kami dan anak-anak tumpang berteduh


Memulakan sesuatu amat susah bagi aku..aku sentiasa berfikir...bagaimana nak mula...apa yang perlu kami buat untuk membuat pinjaman dan proses membina rumah.Disini saya ingin berkongsi cerita bagaimana kami merealisasikan mahligai kami.

Semoga persoalan apa langkah pertama saya untuk buat pinjaman perumahan...persoalan apakah proses-proses pinjaman perumahan.Di sini saya ingin kongsi proses pinjaman kerajaan jenis 1.Dimana pinjaman di atas tanah sendiri.

Mungkin zaman muda-muda sekarang.Kawan-kawan kami sibuk ingin menukar kereta.Tapi bagi kami..kami terpaksa melepaskan satu keinginan untuk membeli aset kereta. Aku bertuah kerana mertua ku menghadiahkan suami sebidang tanah sesuai untuk kami membina mahligai kami...suka lah tu..kat kampung dia Kampung Atas Pinggir.Sedih pula mengingati meninggalkan rumah pusaka arwah emak.

Langkah pertama kami ambil...simpan duit..simpan duit sebanyak yang mungkin..sebab kos lawyer..kos..upah pelan..upah masuk MDPM dan upah...mcm-mcm upah.Paling aku tak terfikir..upah gali air utk tukang rumah nak mengaul simen...Banyak kos kena habis untuk buat rumah...lebih senang beli dengan perumahan...Kami terpaksa habiskan kos mencuci tanah..kos jentolak....Mujur tanah kami tak payah di tambong...(betul ke ayat aku ni).Kena pastikan status tanah adalah bangunan.Kena bereskan semua tu..kami ambil masa 1 tahun lebih.

Nak cuci tanah...nak tebang pokok..kalau tak pandai rancang.Kang naik hutan balik tanah tu..hahaha...Jadi langkah pertama..cari pelukis pelan...pikirlah..rumah impian korang mcm mana. Tanya harga dia berapa...bila dah siap dah puas hati..dia akan proses pengesahan arkitek.Dah lulus..boleh lah..cuci tanah...Bagi tanah mampat sikit...Boleh cari lawyer yang biasa dengan pinjaman gomen.Kena cari lesen kontraktor.Setengah lawyer dia dah ada.Bayar je..kat lawyer tu.Lebih kurang RM1500 untuk sewa lesen kontraktor tu.Pastu masuk permohon pelan kepada MDPM..Kalau kami Majlis Daerah Pasir Mas.Lebih kurang sebulan..Nak bagi tahu...nak masuk pelan tu ke MDPM dah kena bayaran..kelulusan pula kena siap duit lagi...(ni lah nak bagi tahu..kos..kos yang habis.rumah tak buat lagi..hahahah). Untuk mendapatkan tandatangan (kelulusan) bila masuk Majlis Daerah...wow bayaran lagi. Proses membina rumah tak buat lagi.He..he ..Majlis daerah akan bagi satu papan.Dan tempoh untuk siapkan projek rumah impian kita..Klw tak siap dalam masa yang di tetapkan. Kena masuk lagi utk permohonan...Harap-harap siap daa...

Mungkin ..kampung kita dah ada tukang rumah.Boleh lah kita tanya dan cara bayarannya..Bagi menjimatkan kos.Kita blh tanya tukang kita kat mana supplyer yg di blh kasi kredit dan murah. Sambil-sambil tu kita search dgn kawan-kawan yang arif tentang supply brg hardware.

Setelah itu..carilah lawyer yang biasa dengan loan perbendaharaan. Kita beruntung...cukai atas loan kerajaan banyak di kecualikan.Mcm biasa buka file di pejabat lawyer RM500.Cari yang boleh di percayai dan senang berurusan.Sebab segala bayaran perumahan akan di hantar kepada lawyer kesayangan anda.Dia juga yang berkerja keras untuk hantar setiap claim progress loan anda.Masa tu lawyer akan terangkan kos-kos .Kebanyakan adalah sama antara lawyer.

Justeru itu...isilah borang pinjaman berdasarkan gaji.3 bulan slip gaji terkini yang original punya..Lima salinan..satu untuk majikan,satu untuk perbendaharaan,satu untuk lawyer,satu untuk penilai dan last untuk simpanan kita.Pinjaman berdasarkan kelayakan..klw taraf saya..sesuai lah dgn kita..kita aje...syukur lah ada tempat berteduh.

Bila isi borang pinjaman.Sekejap je..bila majikan lulus.Bagi pada lawyer dan lawyer akan uruskan untuk hantar pada penilai dan perbendaharaan.Paling lewat kita akan terima keputusan melalui sms dan selepas itu di iring dengan surat.

Tada...bermula lah..progress pertama membina rumah.

1 comment:

  1. Tumpang iklan...
    Kepada sesiapa yg nk ubahsuai rumah n dptkn kelulusan majlis, saya bt kerja lukis pelan n rekabentuk bangunan... berminat boleh sms 019-2843366

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...