Wednesday, June 5, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan ke 8

Masih sama seperti 8 thn lepas.Majlis akad nikah lepas solat isyak di Masjid Besar Pasir Mas.Seperti malam ini...hujan turun membasahi bumi.Keadaan hujan membuat kami tergesa-gesa.Tambahan pula mak andam pulak lambat menyebabkan aku terpaksa make up di masjid.Basah ketika sampai di masjid buat aku rasa keliru.Aku tengok abang2 aku mengelilingi imam.Masing2 ingin berwakil wali pada aku.Arwah abah telah lama meninggal semenjak aku berusia 11 thn.Aku bangga mereka walaupun tidak akrab dgn ku.tp sudi mewakil wali.Aku memilih abg ketiga utk di daftar wakil wali dlm borang memandangkan dia sentiasa ada dan paling aku senangi.tetapi rupa2nya kesemua abang2 dgn gembira ingin mewakil wali pd mlm itu.Masing-masing mewakil wali pd imam tua pada mlm itu.Arwah emak ketika itu sudah tak mengenali sesiapa.Hanya tersenyum dan uzur.Mungkin akibat selalu hipo dan koma.Walaupun dia tiada tapi aku tahu dia gembira.Dia seakan-akan tahu dia tak lama.Sebab dia selalu berseloro dgn pz semasa dia masih mengenali org dahulu.Dia juga yg selalu tanya bila nak masuk minang aku.

Ketika lafas akad...bergema seluruh Masjid Besar Pasir Mas.Mungkin sebab menggunakan mic.Hanya bunyi sah...sah dgn sekali lafas.Aku di peluk erat oleh kak ipar selaku dan sahabat paling baik.Aku tak tahu...terasa masa seperti membeku.Aku di suruh bersalam dengan seorang wanita di depanku.Aku jarang melihat ibu suamiku.Hanya beberapa kali...Terkedu...kelam...seperti segala masa terhenti.Ketika detik itu aku tahu.Aku sudah melangkah ke alam baru.Aku tidak boleh berundur lg.Walaupun setapak kebelakang.Aku bukan Sarah dahulu lagi.Aku lupa wanita di depan aku itu akan menjadi sebahagian hidupku.Dia lah ratu hati suami ku.Aku sudah menjadi isteri pada Mohd Hafizi bin Hassan.Wanita..kanak2 di depan aku itu sudah menjadi sebahagian dlm hidupku.Sungguh besar dan mulia ikatan perkahwinan.Sungguh aku lupa...bila kita kita mencintai seseorang.Kita kena belajar menyayangi insan lain dlm hidupnya.Begitu naif aku.Ketika itu baru aku sedar...aku berdoa.Agar pilihan aku tepat.Aku akan menyayanginya sepenuh jiwa.Semoga Allah pelihara rumah tangga kami hingga akhir hayat.Semoga kami menjadi suami isteri dan berkasih syg hingga ke syurga.

Saturday, February 2, 2013

Kisah kalendar cina

Aku menyusun timbunan bata di bawah pokok. Baru-baru ni tengok ada ular sawa tikus. Rasa takut anak main-main kat sana. Jadi aku susun mcm bata blok di bawah pokok. Blh lah jadi tempat pot in the geng jiran2 aku sebelum aku buat pagar.

Anak jiran aku kecoh bawak turun kalendar cina. Dia bertanyakan tahun aku lahir.Dia tanya tahun haiqal...abahnya..hayra...aku jawab sambil menyusun dengan en suami yang baru pulang kerja join aku menyusun bata. Sampai giliran haiqal yang lahir tahun 2006. Jatuh tahun anjing.


Haiqal  : Mami...bakpo mami beranok haiqal tahun anjing...wuff..wufff..haiqal nok tahun serigala. (Sambil tak puas hati bagitahu aku. Dalam hati aku rasa nak gelak. Tak puas hati aku tak hirau dia pergi arah abah dia yang menyusun bata juga.

Haiqal : Abah..bakpo mami beranok haiqal tahun anjing. ( Muka tak puas hati)

Abah dia hanya tersenyum je..

Mami : Mana mami tahu ...mami kawin dengan abah 2005. Sebelum tu mami mana kenal abah lagi. Mujur mami beranok tahun 2006. Kalau lewat sikit tahun babi. (Rasa nak gelak tengok wajah dia yang tak puas hati)

Haiqal : Mami tuh beranok tahun ayam (1981)

Mami : La.. mana mami tahun mok mami nok beranok tahun ayam.

Haiqal : Adik.. mami beranok tahun singa. Patut lah dio bekeng. ( Memang pun adik dia garang. Memek muka dia yang geram...buat hati aku rasa nak gelak.)Abah beranok tahun kambing. Patut lah abah busuk...( Erm..dalam hati aku patutlah suka simpan janggut.Janggut mcm kambing.Tapi sebab tu lah aku jatuh hati)Bakpo mami tok beranok haiqal tahun singa mcm adik.

Mami : Nok keno...mana mami tahu. Kang mami cebuk kang...jangan percaya sangat tahun2 dalam kalendar cina tak baik.( dalam hati..lawaknya budak2 kan.Anak aku dah besar..suka tanya benda aku susah nak jawab)

Abah dia sengeh je...dengan janggut sejemput.Sama dengan tahun dia..hahahah 1979 tahun kam**ng.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...