Tuesday, August 14, 2012

Saiz 36

Pengalaman mencari baju raya...adoi sakit kepala bila baju raya belum tentu siap.Baju raya untuk raya kedua kompen tak siap.Lepas raya baru siap. Jawabnya...terpaksa lah merewang ke kedai.Makin dekat nak raya ..makin ramai manuasia..ni yang melemaskan.

Raya pertama kami plan warna kelabu untuk tahun 2012 ni. Aku doakan baju raya kelabu aku siap lah nanti. Jadi..projek aku adalah baju raya kedua. Aku kesiankan hayra yang still slow tumbuh rambut. Kesian anak dara aku...mami love u.

Ceritanya bermula bila aku bercadang nak gi beli cuci mata kat kedai peace di pasir mas bersama kak ipar dan adik ku. Kami di sambut dengan selamat datang dan dia beritahu ada baju sesuai utk anak perempuan ku. Nampaknya warna pink gelap menambat hati ku. Saiz 4.Ngam-ngam dengan dia dan penuh manik dan kerawang. Kalau hantar tukang jahit tak dapat dengan harga tu. Tapi untuk aku mesti ada juga kan. Leh lah aku sedondong dengan dia...beraya sakan nampak.

First time tgk baju kebaya tekak kebaya kota bharu menambat hati aku.Berangan-angan mesti nampak kurus sikit...hehehe.Tapi jurujual cakap ada saiz 36 je.Aku cakap aku selalu pakai saiz 38 or 40. Amat mengecewakan.Tapi dia cakap..blh akak cuba..cuba lah dulu. Akibat terlalu suka..aku nak cuba juga.

Dengan gumbira aku cuba pakai baju tu juga. Warna sama dengan anak gadisku Hayra dania. Setelah pakai aku keluar dari bilik persalinan dan mengadapke cermin besar di luar bilik. Wow..sungguh lawa...

Sarah : Meh tgk...dah cuba pakai ni.

Sambil mengadap ke cermin dengan senyuman bermakna.Beranggapan baju itu di jadikan untuk aku pakai. Teringat body zaman anak dara..hanya baju kebaya lekat di tubuhku. Ini bermakna aku sudah kurus ke..???Aku boleh memakai baju saiz 36..Oh my god...aku sudah boleh memakai baju SAIZ 36.. Oh my GOD.Still tersenyum lebar :) :) :) :)

(bagai bunyi gesekan piring hitam .menghentikan lamunan aku)

Jurujual : Akak..baju akak belum zip. (dia meluru ke sisi baju untuk zip baju)
Aku menarik nafas dalam-dalam. Terasa baju itu sesuai untuk aku .(still masih koya)

K.ipar : Anda di larang makan di pagi raya..Anda di larang duduk dan makan banyak di pagi raya nanti.

Ini bermakna...ketat dan sendat..uhuhu...selepas zip baju baru lah aku sedar...baju tu sendat sangat-sangat.
Waaaa...........ini menyedarkan aku bahawa SAIZ 36 bukan milik aku lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...