Wednesday, November 16, 2011

Apa patut mami buat?

Bila balik dari kerja..mama bercerita.Semasa dia pergi sekolah pagi tadi Dia ada bercakap dengan mama Amnan .Irne bagi tahu ..benda yang tak baik Haiqal telah buat.Entah lah patut ke reaksi aku yang biasa je..Patut ke aku marah dengan Haiqal.Atau bila aku tak marah orang cakap aku manjakan anak.Apa patut aku buat...Bila dengar cerita mama papa amnan marah2 sebab tu beg baru amnan. Aku rasa tersentuh...aku tak boleh sedapkan hati anak aku sentiasa baik.Selalunya dia tak buat macam tu..Kalau aku tak percaya kata-kata anak siapa lagi dia nak luah kan.

Reaksi aku hanya membuat andaian Haiqal mungkin buat.Sebab budak biasa lah tak boleh tengok orang lebih dari dia. Lagi pun budak ni depan kita baik.Belakang kita mungkin kita tak tahu. Tok ma dia sentiasa menangkan dia.Dia cakap tak adalah cucu dia buat macam tu.Amnan ni fitnah..Aku rasa hampa lah juga.Nanti orang cakap aku tak pandai jaga anak.

Aku masuk bilik dan tanya dia...
"Haiqal ada ke conteng beg baru Amnan?"
" Tak ada...Haiqal oyak doh ko dio..Haiqal tak buat..dio tok cayo" cakap dengan sambil keluar air mata.
(aku tak boleh percaya .nanti jadi mcm anakku syazali)
"Sungguh...kecek betul dengan mami.Mami malu tau..kalu abe haiqal buat perangai tok juruh lagu ni.Mami sedih sangat2."
dalam muka sedih lagi..terkerut2..muka budak 5 tahun.
"haiqal tak conteng beg dia" dalam nada tak berapa dengar.
"Kalu haiqal tipu mami..semoga tuhan ambik nyawa mami.biar mami mati...sebab haiqal kecek tipu.Mami sedih sangat2 ni"
"haiqal tak tipu.." muka tension.
"kalu tipu tuhan akan ambik nyawa mami deh"
"ho..tapi haiqal tak tipu"

kalau zaman-zaman mak aku...dia akan cakap banyak lagi.ketika itu aku mengalami kesedihan dan kepedihan bila tiada sesiapa percaya padaku.aku tiada tempat meluah ketika itu.sebab tu lah aku jadi pemberontak.aku tak mahu jiwa anak aku seperti diriku yang penuh kesedihan.tapi aku juga tak mahu anak aku jadi penipu.Ya allah semoga anak-anak ku jadi orang yang baik .

"esok..kalu haiqal jumpa mama amnan..haiqal oyak lah molek.haiqal tak buat.mami malu lah .."
entah dia berani ke nak cakap dengan mama amnan.nak bukak mulut pun susah.aku dengar dia cakap kuat bila menghafal iqra je.hari biasa-biasa susah nak cakap dengan orang.
"kalau haiqal ada nak barang orang.oyak ko mami dengan abah.jangan curi..jangan rosakkan barang ore.susah mak ayah dia nak beli barang tu.Jangan sekali-kali buat perangai tok juruh deh"

Ya allah..apa patut aku buat.Aku panjatkan doa agar anak-anak aku menjadi insan yang baik dan beramal soleh.

Monday, November 14, 2011

Birthday November 11

Bulan yang meletihkan ..tapi hari-hari  yang mengembirakan.Birthday Haiqal 15 oktober.Hayra pula 5 november.Sebab dia overdue..jadi kena sambut birthday bulan berbeza..tapi mami tak larat lah sayang.Jadi mami dan abah pilih hari cuti sabtu.12.11.2011. Seperti kekawan tahu mood nak buat roti jala lagi....menu utama roti jala ..nak mahirkan melirai roti jala katakan..huhuhu..seharian siapkan menu roti jala,markaroni goreng,kueh teow.Nak buat koktel lupa nak beli buah...semak dalam kepala nak cari kek dan mcm2 lah.At last tu je menu..suke tengok budak-budak menjamu selera.

Rasa cepat je tengok anak-anak membesar depan mata..Dah setahun umur cek mek molek Hayra Dania...yang lucu keluar taring goofy...patut lah..rasa ngilu bila dia neneng...dah tambah gigi nampaknya.tapi awat taring.hehehe..Dia sekarang dah ligat berlari..letih mak oi..makan pun kuat.tak larat nak kejar.

Haiqal dapat kerusi tangan..suke sgt2.Boleh lah dia main games sambil duduk atas kerusi. Hayra pula comel dapat hadiah dari tok ma...lovely cat..boleh lah pakai nak gi jalan-jalan naik kereta api esoknya...

3 menu je..aik..mana lagi pic nuget dan pizza tesco



kueh teow dari tok ma yang lazat..makaroni tak dapat sambut...huhu oleh chef sarah

kek utk insan tersayang

Haiqal Naufal 5 years

Hayra Dania 1 yr

Best lah..sayang dah berjalan bila sambut birthday pertama

Dia dah sapu sebelum start potong kek..sori yea..birthday girl gelojoh sikit

king kong...

hai goofy mami

yum..yum

sabar yea...

geng komputer..bila nak tukar skrin..asyik rosak je

otoman jugak birthday gurl ni


1 2 3 wish..mami hope anak mami jadi insan yang mulia dan berkasih sayang antara kita


bila saya boleh potong kek ni..

amar tolong susun pinggan ya..

moncong je mulut..hehehe


master chef sarah...bz sampai tak sempat nak make up

abah dan birthday gurl

awat bah...mami nak cair cermin mata...

saya nak makan sendiri..saya suke makan kek..sampai comot

ni..geng otoman ke..geng ula-la..

pandai tak saya makan

my gofy...1yr..keluar taring goofy..hehe

thanks to mama dan baba  serta tok ma n kakak..

ni hadiah saya..

dapat telifon je...ke kotak je hst

cepat lah bukak saya nak tengok

tq..semua..love u all

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...