Nyawa Ku

Anak-anak adalah nyawa bagi ku. Kerana mereka lah aku ingin meneruskan hidup ini.Tiada ke riangan dalam diriku sekarang seperti dulu untuk benda-benda lain.Tetapi hanyalah untuk mereka.Kalau dahulu beli baju baru aku akan rasa gembira. Tetapi sekarang matlamat untuk mereka belaka.

Tiada yang menarik tentang aku yang boleh di kongsikan. Aku seorang isteri, ibu dan penjawat awam. Cita-cita aku dulu ingin terbang jauh dan ingin hidup mewah dan bebas. Tapi Allah sayangkan aku...meletakkan aku di sini di tempat kelahiranku Pasir Mas Kelantan.Allah membuka hatiku seawal ini dengan menganggap kemewahan , kebebasan hatta nyawa kita ini adalah pinjaman semata-mata. Aku 'Di sini hanya persinggahan sahaja sebelum ke sana'. Di sini aku di lahirkan dan di sini aku di besarkan. Jodoh aku juga dekat hanya beberapa minit dari rumahku.

Aku seorang ibu kepada sepasang cahaya mata.(buat masa sekarang lah..hihihi) .Kami bercadang,merancang ingin 4 orang anak. Suamiku seorang bapa yang baik dan beliau sangat sukakan kanak-kanak. Jadi ..sepasang tidak memadai untuk mengisi jiwa kami nanti.

Setiap kelahiran kami rancang. Alhamdulillah tuhan makbulkan apa yang kami rancang. Aku bukan ibu yang baik. Tapi aku bercita-cita ingin jadi ibu dan isteri yang baik pada keluargaku. Tuhan selalu mengujiku dengan anak-anak yang menangis. Kekadang aku tak tahan bila mereka asyik menangis. Aku nak masak ..dia ikut..aku nak siang ikan dia menangis. Bila dia tidur aku rasa letih.Tapi aku cuba bangkit dan buat kerja.Bila selesai kerja dia dah bangun dan aku tak boleh buat apa-apa.

Kekadang aku menyorok bila dia menangis.Aku cuba pekakkan telinga bila dia menangis.Aku terpaksa goreng ikan dan di still di kaki aku.Aku rasa tindakan aku kejam.Tapi bila aku lihat mereka tidur..aku takut..aku takut aku akan buat di luar kawalan ku. Melahirkan anak dan membesarkan mereka bukan seperti kita bermain dengan boneka. Hiasi boneka dan letak nya dan peluknya bila ingin tidur.Mereka insan dan amanah allah paling berharga. Letih..suka duka...tetapi bila satu senyuman mereka bisa mencairkan keletihan aku seorang ibu.




Kegembiraan aku hanya untuk anak-anak. Aku tak tahu orang lain berperasaan sama seperti aku atau tidak. Aku tidak dapat telan makan jika hanya untuk suka-suka bersama kawan-kawan. Aku rasa berbaloi jika dapat makan bersama-sama dengan anak.Kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan aku jua. 
















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...