Monday, December 5, 2011

Tension..dengan bonus 2011

Mungkin ramai orang suke bila bunyi bonus...aku rasa nak pengsan.letih dan lemah. Tapi bila pikir tang aku nak dapat juga semangat balik..hehehe..ada  dalam fikiran ????.Almari ikea idaman hati..hehehe dah lampu jejari dari ikea.Tapi tak boleh boros..tahun depan banyak perbelanjaan .Road tax kereta,motor..anak nak sekolah dan macam-macam..sabar...Mesti belanja secara berhemat. Lupa lah pulak..nak double simpanan ASB atau Tabung Haji untuk gaji bulan Disember ni.

Wednesday, November 16, 2011

Apa patut mami buat?

Bila balik dari kerja..mama bercerita.Semasa dia pergi sekolah pagi tadi Dia ada bercakap dengan mama Amnan .Irne bagi tahu ..benda yang tak baik Haiqal telah buat.Entah lah patut ke reaksi aku yang biasa je..Patut ke aku marah dengan Haiqal.Atau bila aku tak marah orang cakap aku manjakan anak.Apa patut aku buat...Bila dengar cerita mama papa amnan marah2 sebab tu beg baru amnan. Aku rasa tersentuh...aku tak boleh sedapkan hati anak aku sentiasa baik.Selalunya dia tak buat macam tu..Kalau aku tak percaya kata-kata anak siapa lagi dia nak luah kan.

Reaksi aku hanya membuat andaian Haiqal mungkin buat.Sebab budak biasa lah tak boleh tengok orang lebih dari dia. Lagi pun budak ni depan kita baik.Belakang kita mungkin kita tak tahu. Tok ma dia sentiasa menangkan dia.Dia cakap tak adalah cucu dia buat macam tu.Amnan ni fitnah..Aku rasa hampa lah juga.Nanti orang cakap aku tak pandai jaga anak.

Aku masuk bilik dan tanya dia...
"Haiqal ada ke conteng beg baru Amnan?"
" Tak ada...Haiqal oyak doh ko dio..Haiqal tak buat..dio tok cayo" cakap dengan sambil keluar air mata.
(aku tak boleh percaya .nanti jadi mcm anakku syazali)
"Sungguh...kecek betul dengan mami.Mami malu tau..kalu abe haiqal buat perangai tok juruh lagu ni.Mami sedih sangat2."
dalam muka sedih lagi..terkerut2..muka budak 5 tahun.
"haiqal tak conteng beg dia" dalam nada tak berapa dengar.
"Kalu haiqal tipu mami..semoga tuhan ambik nyawa mami.biar mami mati...sebab haiqal kecek tipu.Mami sedih sangat2 ni"
"haiqal tak tipu.." muka tension.
"kalu tipu tuhan akan ambik nyawa mami deh"
"ho..tapi haiqal tak tipu"

kalau zaman-zaman mak aku...dia akan cakap banyak lagi.ketika itu aku mengalami kesedihan dan kepedihan bila tiada sesiapa percaya padaku.aku tiada tempat meluah ketika itu.sebab tu lah aku jadi pemberontak.aku tak mahu jiwa anak aku seperti diriku yang penuh kesedihan.tapi aku juga tak mahu anak aku jadi penipu.Ya allah semoga anak-anak ku jadi orang yang baik .

"esok..kalu haiqal jumpa mama amnan..haiqal oyak lah molek.haiqal tak buat.mami malu lah .."
entah dia berani ke nak cakap dengan mama amnan.nak bukak mulut pun susah.aku dengar dia cakap kuat bila menghafal iqra je.hari biasa-biasa susah nak cakap dengan orang.
"kalau haiqal ada nak barang orang.oyak ko mami dengan abah.jangan curi..jangan rosakkan barang ore.susah mak ayah dia nak beli barang tu.Jangan sekali-kali buat perangai tok juruh deh"

Ya allah..apa patut aku buat.Aku panjatkan doa agar anak-anak aku menjadi insan yang baik dan beramal soleh.

Monday, November 14, 2011

Birthday November 11

Bulan yang meletihkan ..tapi hari-hari  yang mengembirakan.Birthday Haiqal 15 oktober.Hayra pula 5 november.Sebab dia overdue..jadi kena sambut birthday bulan berbeza..tapi mami tak larat lah sayang.Jadi mami dan abah pilih hari cuti sabtu.12.11.2011. Seperti kekawan tahu mood nak buat roti jala lagi....menu utama roti jala ..nak mahirkan melirai roti jala katakan..huhuhu..seharian siapkan menu roti jala,markaroni goreng,kueh teow.Nak buat koktel lupa nak beli buah...semak dalam kepala nak cari kek dan mcm2 lah.At last tu je menu..suke tengok budak-budak menjamu selera.

Rasa cepat je tengok anak-anak membesar depan mata..Dah setahun umur cek mek molek Hayra Dania...yang lucu keluar taring goofy...patut lah..rasa ngilu bila dia neneng...dah tambah gigi nampaknya.tapi awat taring.hehehe..Dia sekarang dah ligat berlari..letih mak oi..makan pun kuat.tak larat nak kejar.

Haiqal dapat kerusi tangan..suke sgt2.Boleh lah dia main games sambil duduk atas kerusi. Hayra pula comel dapat hadiah dari tok ma...lovely cat..boleh lah pakai nak gi jalan-jalan naik kereta api esoknya...

3 menu je..aik..mana lagi pic nuget dan pizza tesco



kueh teow dari tok ma yang lazat..makaroni tak dapat sambut...huhu oleh chef sarah

kek utk insan tersayang

Haiqal Naufal 5 years

Hayra Dania 1 yr

Best lah..sayang dah berjalan bila sambut birthday pertama

Dia dah sapu sebelum start potong kek..sori yea..birthday girl gelojoh sikit

king kong...

hai goofy mami

yum..yum

sabar yea...

geng komputer..bila nak tukar skrin..asyik rosak je

otoman jugak birthday gurl ni


1 2 3 wish..mami hope anak mami jadi insan yang mulia dan berkasih sayang antara kita


bila saya boleh potong kek ni..

amar tolong susun pinggan ya..

moncong je mulut..hehehe


master chef sarah...bz sampai tak sempat nak make up

abah dan birthday gurl

awat bah...mami nak cair cermin mata...

saya nak makan sendiri..saya suke makan kek..sampai comot

ni..geng otoman ke..geng ula-la..

pandai tak saya makan

my gofy...1yr..keluar taring goofy..hehe

thanks to mama dan baba  serta tok ma n kakak..

ni hadiah saya..

dapat telifon je...ke kotak je hst

cepat lah bukak saya nak tengok

tq..semua..love u all

Sunday, October 23, 2011

Projek Roti Jala...


Ekoran dari projek roti jala yang tak menjadi aku berazam nak belajar dari teman sepejabat dengan resepi yang di katakan sedap.Tapi memang terbukti sedapp...Sedap di makan begitu sahaja.Boleh lah aku menjala nanti ..hehehe

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan
1 kilo tepung gandum
5 biji telor
1 tin susu cair
5 tin air (sukat guna tin susu cair)
5 sudu gula                        
1 camca the garam             ikut citarasa masing-masing nak manis atau masin
Pewarna kuning (ikut selera nak guna pewarna kunyit)

Cara Buat :

Disaran guna blender.Mudah dan cepat serta tidak  berketul-ketul. Mula-mula blender telur dan susu cair.Bila sebati masukkan dalam satu bekas. Blender air dahulu di ikuti dengan masukkan sedikit demi sedikit tepung.Barulah tepung tak melekat dengan blender.Semasa proses air dan tepung di blender.Boleh lah masukkan sedikit gula dan garam.Supaya adunan gula hancur dan sebati.Blender semua bahan hingga habis..Anggaran 5 tin air tadi.Bila selesai..gaul tepung dalam bekas tadi.

Masukkan pewarna kuning ikut citarasa masing-masing.

Setiap kali kita ingin melirai adunan.Pastikan kita selalu mengacau adunan tadi.Ini sebab adunan tepung akan mendap ke bawah dan air akan naik ke atas.

Teknik melirai ikut kemahiran masing-masing.Resepi ini sedap di makan begitu sahaja dan juga bersama kuah. 


Selamat mencuba.

Best...

Kuah gulai daging dari Pasir Mas untuk di makan bersama roti jala

Kulit nya yang lembut dan sedap di makan begitu sahaja jika tiada kuah

Lirai bentuk bulat

Lirai bentuk bunga

Cubaan Liyana melirai roti jala.Tak sabar nak melirat juga

Ni lah cikgu Mariam bt Mamat yg sudi berkongsi resepi







Sunday, October 16, 2011

Kami Pekerja, Wanita dan Ibu Yang Memerlukan 1 Hari Untuk Diri Sendiri

Tugas bermula dari buka mata hingga lah mata ini di benarkan tidur.Bila kita bangkit dari tidur.Macam-macam bermain dalam fikiran..
'Nak beli ke nak masak untuk suami dan anak-anak.'
'Banyak baju kena basuh..'
'Sampah banyak dah kena buang'.
'Anak-anak nak makan apa hari ni.'
Walaupun kita bercuti pada Hari Pekerja.Dalam erti kata lain kita tidak pernah cuti. Anak-anak dan suami adalah keutamaan kita.

Menyandang jawatan status isteri dan ibu bermulalah episod kami sebagai seorang yang mula pandai membebel..jawatan baru sebagai menteri kewangan..menteri segala jenis jawatan..hahaha

Mengimbau kembali zaman solo..kita bercita-cita ingin jadi wanita anggun yang berjaya. Yang akan berjaya menempuhi segala cabaran. Serta akan bersikap profesional di antara masalah kerjaya dan keluarga.Dalam erti sebenar kita mahu dalaman dan luaran adalah sama cantik.

Bagi kita.. bila berjumpa lelaki idaman hati iaitu suami..bagi kita cinta akan mengatasi segala masalah. Meskinpun kita lelah dan penat melayan anak .Kita mengharap cinta akan mengatasi segalanya.Sepatutnya..dalam rumah tangga memerlukan kerjasama.Kita bukan iron women yang mempunyai sepuluh tangan untuk menyiapkan kerja dalam satu masa.

Kita memerlukan satu hari yang berkualiti untuk diri sendiri. Ingin menjadi wanita anggun di mata suami dan anak-anak.Kita perlu masa untuk diri sendiri..tidur yang berkualiti.Kekadang kita perlu merawat diri kita sendiri.Sebagai contoh buat rawatan facial,spa,cuci rambut dan sebagainya yang dirasakan dapat mengembalikan kesegaran tubuh kita setelah sedekat mencurahkan penat lelah menjaga anak dan melengkapkan makan pakai suami. Ini bukan bermakna kita lari dari masalah.Tetapi kita perlu masa berkualiti sebagai manusia.

Tidur yang berkualiti menjadikan kita bertenangan,anggun dan  kesihatan yang baik.
Melahirkan anak sesuatu yang manis dan memenatkan.Anak-anak bukan anak patung yang akan tidur..akan ada masa dia merengek dan entah apa-apa yang kita tidak faham.Kekadang dia akan menangis setelah bangkit dari tidur membuat kita tension.Rasa segala ruang rumah kita bergema dan siling rumah kita berputar dan berputas ligat.

Ketika ini kita perlu berbincang dengan teman atau suami.Kerjasama darinya amat kita hargai.Bincang baik-baik dengan nya di mana kita perlukan satu hari cuti tanpa anak-anak dan suami. Melahirkan Haiqal yang menangis selama 5 bulan menyebabkan aku putus asa.Untuk menyalahkan perkahwinan dan melahirkan anak yang comel tidak sekali-kali.Bincang dengan suami dan pengasuh.Satu hari cuti yang dapat saya belai dan rawat jiwa dan mental.Aku pernah mendapatkan rawatan dari doktor untuk mendapatkan ubat tidur.Bagi memastikan aku memperolehi tidur yang berkualiti.Bagi aku memadai shampoo rambut di rumah dan mandi air panas.Setelah itu tutup tirai bilik dan pasang penghawa dingin .Seterusnya tidur sepuas-puas hati ku dan melupakan segala masalah.Berharap bila aku bangun nanti aku menjadi lebih segar..bertenaga dan orang yang baru dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

Mungkin ada kekawan yang ambil cuti dan memilih hotel yang murah untuk mendapatkan cuti sendirian.Ataupun rasa lebih selamat dapatkan rawatan spa di salon.Belai diri sendiri..sebab kita berhak mendapatkan yang terbaik atas segala yang kita curahkan.

Apa pun cara kita untuk mengembalikan ketenangan dan kesejahteraan rumah tangga. Yang penting sentiasa berbincang dengan suami. Mengharapkan suami kita sempurna 100% tidak boleh.Kerana kita kena cermin diri sendiri adakan kita sempurna. Kita hendak lah sentiasa berbincang kerana suami.Suami bukan sahaja suami tetapi dia adalah teman dan sahabat.Seorang sahabat akan sentiasa mendengar dan membantu sahabat yang lain.
Semoga kita menjadi wanita anggun di mata suami dan anak-anak
Semoga kita menjadi wanita dan isteri yang dapat menceriakan suami dan anak-anak.Keluarga bahagia yang kita impikan akan terlaksana jika kita semai dengan doa dan berkat kasih sayang.Insyallah

Saturday, October 1, 2011

Hari Kanak-Kanak Sekolah Yok Eng

Di sekolah Haiqal ada menyambut Hari Kanak-kanak. Aku mengambil cuti untuk melihat dia bermain sukan. Cikgu sekolahnya mengalakkan ibu bapa hadir memberi sokongan pada anak-anak. Meskinpun tiada ruang atau padang macam sekolah lain.Acara sukan tetap berjalan dalam dewan ini.

Terasa sekejap melihat anak membesar.Terasa bertuah kerana berpeluang melihat dan membesarkan anak-anak.Anak-anak ini umpama bunga yang berkembang mekar.Semakin hari semakin mekar.Jika kita semai dengan kasih sayang dia akan kembang mewangi.Rugi lah pada sesiapa yang melahirkan anak dan menyerahkan pada ibu bapa di kampung. Kerana peluang melihat anak membesar tidak datang selalu.

Ketika kecil..bila kita marah dia tetap akan datang dan mengatakan kita adalah benar. Bila besar dia sudah ada personaliti  sendiri.Susah kita nak bentuk pada masa itu.Sebagai ibu bapa kita berikan yang terbaik.Semoga anak-anak kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.

Hari Kanak-Kanak Sekolah Yok Eng
Meskinpun tiada padang seperti sekolah lain.Acara suka tetap di jalankan di dalam dewan sebelah dengan sekolah beliau. Haiqal mewakili pasukan biru sama dengan sepupunya Shakira.Manakala Ammar pasukan kuning sama dengan Shahrul Ikmal.

Haiqal bermain acara berlari dalam gelung  dan kutip sumi dengan mulut.Lawak je tgk telatah anak-anak...Hayra pula tak sabar nak berjalan sana sini.Baru boleh lesen P berjalan...hehehe.Mami boleh tengok Haiqal bermain sampai kul 11.00 pg je...letih bila Hayra dan mula merengek nak tido..Tak larat nak pikul dia..(letihnya..)

Resepi Roti Jala Dan Kuah

Sambil tgk resepi dalam internet. Haiqal bagi tahu..buat lah mami..Senang je tu..dia masukkan air je..Demi anak tersayang.

Rasa sedap tetapi terlalu kering
 Resepi Roti Jala

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 biji telur
1 sudu teh garam
sedikit pewarna
Anggaran 2 cawan air  (dalam resepi asal tak bagi tahu berapa air)

Resepi Kuah Kari

300 gm ayam
2 biji kentang
3 cawan santan
4 biji bawang merah - di hiris
2 biji bawang putih   - di hiris
1 inci halia
sedikit air asam jawa
4 sudu serbuk kari
sedikit gula
sedikit garam



Ni lah cubaan kali pertama membuat roti jala..rasa sedikit kering.Adunan pertama kali ini..berketul-ketul..Mungkin cara masukkan telur atau gandum..Yang mana patut di dahulu kan.Dalam resepi asal..masukkan gandum ,tepung beras dan telur..saya buat teknik sama..tapi jadi berketul-ketul dan perlu di tapis dalam bekas lain.

Tuesday, September 27, 2011

Kebaikan Susu Ibu

Tahniah kepada kekawan yang berjaya menyusu ibu secara eksklusif .Saya sendiri masih baru dan dalam proses belajar dan berharap dapat memberi susu ibu kepada anak saya selama yang mungkin.Sebelum ini saya tiada ilmu dan kurang kesedaran tentang kebaikan susu ibu.Mujurlah ada saluran internet dan kempen-kempen di hospital yang makin rancak mengalakan penyusuan ibu.Saya hanya berjaya menyusu anak pertama selama 3 bulan sahaja.Ini ekoran kurang kesedaran dan tiada ilmu serta menganggap susu ibu remeh.




Mungkin ramai yang menganggap penyusuan ibu adalah kolot.Macam minah kampung...memalukan dan meremehkan.Sebagai ibu dan dalam islam menuntuk kepada kita ibu bapa.Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia MAMPU.


 Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.


Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.


Susu formula tidak dapat menandingi susu ibu. Meskinpun susu formula termahal di pasaran tidak dapat menandingi susu ibu. Cuba kawan-kawan fikir...mcm mana proses awet yang di lakukan pada susu formula.Yang bertahan sehingga berbulan-bulan dan bertahun-tahun yang akan masuk kedalam mulut anak kita.


Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.



Saturday, September 24, 2011

Bila Cinta Kami Di Atas Satu Katil


Baru semalaman di tinggal oleh abahnya.Haiqal tak henti-henti dia bertanya
" Bila abah nak balik?"
"Mami dah call abah ke...?"
"Kat Lojing tak ade line sayang."
"Telifon abah rosak ke?"
"Bukan telifon abah rosak.Kat sana dalam hutan.Tak ada line telifon."
"Tak ada line telifon.Mcm rumah kita kena curi kabel ke?"
Tak larat doh mami nak jawab...adoi..sakit kepala...harap hari ni hanya untuk mami dan anak-anak je.blh lah mami bermalas-malasan. Mandi kan anak-anak...tutup langsir..pasang penghawa dingin dan zzzzzzzzz....

Pukul 8.00mlm abah call guna handset kawan dia.Handset abah dah habis bateri.Dah syak sbb tgk charger abah tertinggal.Abah cakap balik lewat sikit.Nak berhenti makan dengan kekawan.Mami setuju aje...syukur...klw balik lewat mami tak mahu masuk dapur.Paham jiwa betul abah ni..TQ.

Pukul 11.00 mlm mami dah tidur masa abah balik.Sebelum tu...Haiqal cakap dia nak tggu abah dia balik.Dia tak dapat tidur.Banyak cerita dia nak bagi tahu abah dia.Hanya sehari semalaman di tinggal abah. Dia dah excited nak jumpa abah dia.

Bila abah masuk dalam rumah.Dia lah orang yang bising menyambut kepulangan abah dia.Setiap langkah abah dia..Dia mengekor je...Kesian abah...lelah tak hilang lagi.Haiqal mengekor sampai ke bilik air.Bila abah dia mandi..Dia masih bercerita...dengar tak dengar dia bercerita pada abah dia di luar bilik air.Bila abah dia keluar bilik air...terus abah dia naik katil.Selesa jumpa katil kat rumah lagi kut.Haiqal masih tak berhenti cerita...
"Abah tahu dok..kak shasha pengsan kat rantau pjg"
"Abah beli gapo kat abe haiqal"
"Haiqal nak baju ultroman"
"Mami beli CD game cars ko abe Haiqal.Nanti beli CD game gocoh hok baru deh."
Mami apa lagi..sambung tidur..Dalam mamai dengar dia merayu...
"Abah boleh Haiqal tidur dgn abah atas katil?"
"Abe Haiqal besar doh..sebenar kena tidur dlm bilik lain."
"Mlm ni je...boleh Haiqal gaga abah?"(gaga=tabiat dia...suka masukkan tgn /kaki kat belakang kita...hehehe.mami dah lama tak kena.Sejak mengandungkan Hayra).
"Bakpo adik boleh tidur atas katil dengan abah dengan mami?"
Abah dah keletihan..dah tak larat nak jawab..Terus peluk dia..Rindu sgt dia kat abah..Baru semalaman kena tinggal.Sayu hati aku..Seusia itu kehidupan aku jauh berbeza..Mak dan abah aku berpisah pada usia aku 7 tahun.

Dalam hati TQ abang..layan anak saya baik.Semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki.Jika Allah ingin ambil nyawa salah satu dari kita berdua.Semoga Allah ambil nyawa aku dahulu.Aku tahu anak-anak lebih perlukan abg.

Dalam diam..aku bersyukur..Bila Cinta Kami Di Atas Satu Katil...bersama insan tersayang.Anak-anak adalah nyawa mami.Mcm mana nak buat ye.Anak makin besar..Katil still mcm tu...alahai..Nampak kena tambah satu lagi katil.Kalau tak boleh tambah katil.Tambah adik Haiqal lagi sorang...hehehe.

Friday, September 23, 2011

Hayra..oh Hayra...Breech vs ECV

Mengharapkan bayi kedua ini adalah perempuan.Aku di uji dengan kehamilan breech pada 27 minggu kehamilan. Rasa nak tercabut jantung...scan untuk tahu jantina tidak di hiraukan...hanya ada dalam kepala.Bagaimana nak menghadapi kelahiran nanti. Perkataan yang paling aku takut adalah caesarean..cz..Adoi...aku tak sanggup..Sapa nak jaga aku bila aku terlantar tak boleh bangun..Aku berazam secepat mungkin kali ni nak bagi BF pada anak ku...Ya allah tolong lah aku..

Macam-macam cara aku cari maklumat untuk bersalin cara normal.ECV..apa itu ECV. Extenal Cephalic Version.Tetapi ini cara yang akan di lakukan oleh doktor utk pusingkan baby.Dia akan lakukan dipantau melalui ultrasound.Aku dah tekat nak guna cara itu.Tapi doktor sentiasa sedapkan hati aku..baby akan pusing pada 32 minggu.

 Mak bidan dah cuba pusing..nampaknya dia tak berani.Terlintas pulak..menyesal jumpa mak bidan.Kang terbelit tali pusat anak.Memang betul bila aku bersalinkan Hayra.Terbelit tali pusat..adoi..terlintas mcm-macam dalam fikiran aku.Mujur di sambut oleh nurse yang berpengalaman.hayra di tahan di NICU selama 2 hari.Mujur tak berlaku benda yang tidak di ingini.

Macam-macam petua aku ikut. Bila mahu pakai kain batik.Bahagian bunga ke bawah dan sebelum pakai kain kebas (bhs kelate betulkan kain) dan selawat keatas junjungan nabi sambil berdoa agar bayi akan kepala kebawah.

Melayari youtube...senaman supaya bayi pusing kepala kebawah. Alahi..rupa-rupanya...sujud.Jadi aku sentiasa solat hajat dan sujud lama.Patut lah semasa kandungan 27 minggu aku rasa perut aku seakan 3 segi dan sakit bila berjalan.Rupa-rupanya kakinya kat pundi kencing aku.

Doktor cakap kalau dua minggu lagi jika masih breech aku akan di hantar jumpa pakar ECV.Jika itu keputusan aku nak ECV.Jika tidak berpusing juga aku boleh memilih cz...(jgnlah terjadi pada aku).Aku tak putus asa buat senaman mcm dlm youtube dan solat hajat.Aku sentiasa tinggi kan kaki dari kepala.Semput oi...mungkin dia rasa semput juga..tu yang pusing.Kali ni aku rasa perut aku segi tiga lagi..cepat-cepat aku buat senaman kagel.Bagi kepala dia still kat bawah.Alhamdulilah..esok temujanji dengan nurse..Nurse ucapkan tahniah..kepala baby ke bawah.Aku dah tak berani tidur terlentang..aku akan pastikan aku tidur mengiring.hahaha...

Inilah pengalaman mengandung songsang yang membuat aku lebih dekat dengan Allah swt

Entahlah Hayra Breech yang mana satu..aku fobia bila dia gerak..Eh..ni kaki ke..kepala ni..
ECV yang di lakukan oleh Doktor terlatih.Tapi alhamdulilah..aku tidak melalui kaedah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...