Wednesday, September 14, 2011

Lakaran coretan anak-anak ku..

Ini mungkin kisah lama-lama..ingin ku potret kan dalam blog kesayangan ku..tentang memori membesarkan anak-anak...Rasa baru semalam aku melahirkan Haiqal..rupa-rupanya sudah lima tahun Haiqal sekarang.Korek dalam pen drive..pic lama-lama..alhamdulilah ada..semoga lakaran ini menjadikan anak-anak mami..mengingati mami bila mami tiada lagi.

Betul cakap-cakap orang dulu..hidup seorang lain..hidup berdua lain..kehadiran anak-anak menambahkan seri kehidupan. Tanpa kehadiran mereka..mungkin kehidupan mami dan abah tak bermakna.Menanti kehadiran anak-anak mami..Mami dan abah di duga dengan pelbagai masalah. Dah lah selalu abortion dan terpaksa kena D&C. D&C terpaksa di buat dlm bilik bedah..Kesian abah..kena ulang alik kat HUSM.habis semua org kalut.tup-tup lepas D&C kami bertuah di anugerahkan lagi.Alhamdulilah.

Tapi..berkat doa abah  haiqal dan hayra..mami boleh di kategori mudah bersalin gak lah...Abah korang tak pernah putus doa..agar mami mudah bersalin.Ia lah..mami ni kan anak yatim piatu. Mujur ado tok ma (Wan Shafeah ) yang menjaga mami dan korang (anak-anak mami).Jom.. kita doa semua Tok Ma di panjangkan umur dan sihat menjalani amal ibadah. Semoga kita di pertemukan di sana nanti. Insyallah

Kehadiran korang amat mengembirakan mami. Tak dapat mami bayangkan bertapa gembiranya mami. Mami berdoa agar kamu berjaya di dunia dan akhirat. Berakhlak mulia...beramal soleh..yang penting cita-cita Haiqal nak jadi doktor gigi.Mami akan selalu menyokong dan mendoakan kamu berdua.


Genap umur 12 bulan..kami nak menyambut raya puasa..dia dah boleh jalan-jalan rebah.
Hobi Haiqal..korek telinga...mcm baba lah

Cepat masa berlalu..dah setahun

Happy birthday Ammar Asyraf..hencem..mcm omputeh..mcm mami dolu..dolu..

Dah 2 tahun...Happy Birthday sayang..mami dan abah love u..

Copy and paste..kembar lain tahun..hahaha

welcome sayang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...