Tuesday, December 25, 2012

Kenapa suami saya tak cemburu

Kalau aku dengar suami orang lain cemburu...dia tu cemburu...orang itu cemburu aku jadi pelik..rasa hairan kenapa cemburu sangat yea..Apa yang menyebabkan dia cemburu sangat yea...

Mula-mula kawin rasa pelik bila suami tak cemburu.Aku terkenal dgn kuat cemburu.Pelik kan...dia tak sayang kita ke...kita tak lawa ke..dia ni tak ada perasaan ke.Teringat cerita arwah emak.Dia kata org lelaki ni klw kuat sgt2 dan terlampau cemburu.Selalunya yg dia sendiri buat.Dia akan berprasangka sama mcm dia buat.Sebaik2 arwah abah dia pernah jatuh hati pd perempuan lain.Tp mujurlah arwah emak bijak menanganinya.

Teringat di awal perkenalan kami.Dia bukan pilihan pertama ku...aku juga ada berkawan dgn seorg pegawai bank.Lelaki tu sampai dtg office kami nk jumpa dgn suami ku sekrg.Dia blh berborak biasa dan buat lawak.Aku tak faham kenapa lelaki tu beria-ria nk jumpa suami ku.Entahlah...Ekoran dari itu aku pun slow berkawan dengannya.Semasa berjumpa dia sungguh relax dan sentiasa tersenyum.Aku tak tahu apa bermain dapam fikirannya sehingga sekarang.Kerendahan hatinya menambat hati ku.Lelaki tu pun mcm akur dgn pilihan aku.Nampaknya aku sudah buat pilihan.Walaupun dia berjawatan biasa tapi kerendahan hatinya dan kemuliaannya terserlah.Bertambah kuatlah kasihku padanya.Pada padangan ku..suami benar2 bijak dan baik hati ketika itu.Tapi mungkin dah jodoh aku.

Bila lama melayari rumah tangga sebagai wanita aku buntukan perasaan cemburu dari sang suami.Rasa tak di sayangi lah...pernah satu kes di mana aku berpakaian kebudak-budakan semasa nak buang sampah.Datang budak lelaki ckp tak senyo-nyoh."kopek besar nyo..".aku rasa nk lempang.Suami tanya kenapa marah-marah...aku cakap ada budak kurang asam cakap benda tak senyo-nyoh kat aku.Dia siap sengeh.Lain kali pakai elok2...Bukannya nk marah org ejek isteri.Tapi siap ejek aku balik tak jaga pekerti.

Kesimpulannya...bukan suami aku tak sayang..tak ada perasaan...penakut..dia tahu mcm mn perangai aku.Aku cukup jaga akhlak aku dengan lelaki.Batas aku bercakap dengan bos..kawan lelaki ke..sms dgn lelaki ke...Setiap perbuatan aku selalu kongsi dengan suami aku.Suami aku lah my best friend...my hubby...tempat aku luah perasaan tension...tempat aku menangis.

Tapi....bukan satu tiket untuk aku berfoya-foya dengan jantan.Walaupun dia tak cemburu kat aku.Tiket tak cemburu adalah satu anugerah yang dia percayakan aku.Dia percayakan rumah tangga kami.Tak ada sebab untuk kami jadikan alasan cemburu dah saling tidak mempercayai meruntukan rumah tangga kami. Doakan lah rumah tangga kami bahagia hingga ke akhir hayat.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...