Thursday, January 20, 2011

Membawa Susu Perahan Travel

Praktikal membawa susu perahan semasa travel (domestik)
Outstation untuk berkerja dan masih menyusukan anak?
Cabaran menjadi ibu dan wanita, namun kedua duanya boleh dilaksanakan dengan baik, insyaAllah
Sebelum bertolak, pastikan beberapa perkara seperti
  1. Berapa lama anda akan outstation untuk menganggarkan berapa banyak susu perahan yang perlu ditinggalkan
    (Anggaran 1 hari 1 malam lebih kurang 8 botol (3 oz satu botol) bagi bayi berusia di bawah 6 bulan)
  2. Berapa banyak bekas simpanan plastik atau botol yang perlu dibawa
  3. Adakah terdapat peti ais di hotel (mungkin boleh call terlebih dahulu)
  4. Pastikan keseluruhan part mengepam berada di dalam satu beg – pump, bottle, cable segala, tisu untuk kemudahan mengelap
  5. Bawa cooler bag yang besar dimuatkan bersama ice gel
  6. Pakaian yang dipakai semasa travel – jika tidak sesuai untuk mengepam, bawa bersama poncho atau baju jarang macam yang saya sarung dibawah
    *Hairan juga orang kiri kanan lihat acik ‘buka’ baju jarang dalam flight*
Bagi penerbangan domestik, syaratnya agak longgar
Jadi cooler bag berserta ice gel boleh dibawa sebagai hand carry
Teringat semasa di Brunei, syarat untuk hand carry susu ialah ada bayi yang mengikuti penerbangan
Puas saya jelaskan, saya bawa susu sebab bayi di Malaysia, ekeke
Terpinga pinga acik imigresen sebab logiknya, kalau tiada bayi, buat apa bawa susu kan?
Oh oh..sinonimnya susu lembu dengan anak manusia :)
Semasa berjauhan dengan bayi, mengepam selang 3 jam selama 20 minit sebelah payudara
Kata kuncinya- kosongkan susu didalam payudara supaya susu baru dapat diisi
Simpan susu didalam bekas yang sesuai
Bagi perjalanan kurang daripada 5 hari, susu perahan boleh disimpan di dalam peti ais tanpa perlu dibekukan
Hari terakhir sebelum balik ke Semenanjung, susu susu ini saya susun dalam cooler bag yang mampu memuatkan 2 hari satu malam stok susu saya
Penggunaan plastik penyimpan susu dapat menjimatkan ruang
Dapatkan cooler bag yang sesuai untuk anda dari link ini
Bagi anda yang travel lebih lama
Susu anda boleh dimasukkan didalam bekas seperti ini dan boleh di’wrap’
(Perkhidmatan membalut beg/kotak disediakan di airport)
Bagi perjalanan domestik (dalam Malaysia sahaja)
Anda boleh membawa susu perahan anda secara hand carry
Perjalanan antarabangsa, susu masuk dalam luggage ye

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...