Sunday, October 23, 2011

Projek Roti Jala...


Ekoran dari projek roti jala yang tak menjadi aku berazam nak belajar dari teman sepejabat dengan resepi yang di katakan sedap.Tapi memang terbukti sedapp...Sedap di makan begitu sahaja.Boleh lah aku menjala nanti ..hehehe

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan
1 kilo tepung gandum
5 biji telor
1 tin susu cair
5 tin air (sukat guna tin susu cair)
5 sudu gula                        
1 camca the garam             ikut citarasa masing-masing nak manis atau masin
Pewarna kuning (ikut selera nak guna pewarna kunyit)

Cara Buat :

Disaran guna blender.Mudah dan cepat serta tidak  berketul-ketul. Mula-mula blender telur dan susu cair.Bila sebati masukkan dalam satu bekas. Blender air dahulu di ikuti dengan masukkan sedikit demi sedikit tepung.Barulah tepung tak melekat dengan blender.Semasa proses air dan tepung di blender.Boleh lah masukkan sedikit gula dan garam.Supaya adunan gula hancur dan sebati.Blender semua bahan hingga habis..Anggaran 5 tin air tadi.Bila selesai..gaul tepung dalam bekas tadi.

Masukkan pewarna kuning ikut citarasa masing-masing.

Setiap kali kita ingin melirai adunan.Pastikan kita selalu mengacau adunan tadi.Ini sebab adunan tepung akan mendap ke bawah dan air akan naik ke atas.

Teknik melirai ikut kemahiran masing-masing.Resepi ini sedap di makan begitu sahaja dan juga bersama kuah. 


Selamat mencuba.

Best...

Kuah gulai daging dari Pasir Mas untuk di makan bersama roti jala

Kulit nya yang lembut dan sedap di makan begitu sahaja jika tiada kuah

Lirai bentuk bulat

Lirai bentuk bunga

Cubaan Liyana melirai roti jala.Tak sabar nak melirat juga

Ni lah cikgu Mariam bt Mamat yg sudi berkongsi resepi







1 comment:

  1. Seelok2nya air 4 tin dahulu..sbb bergantung atas tepung gandum..kekadang 4 tin air dah mencukupi.resepi kali ni 5 tin air.cuba2 lah yea.pastu telor saya guna itu gred c.kalau gred a rasa nya memadai 3 biji sahaja

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...