'Nak beli ke nak masak untuk suami dan anak-anak.'
'Banyak baju kena basuh..'
'Sampah banyak dah kena buang'.
'Anak-anak nak makan apa hari ni.'
Walaupun kita bercuti pada Hari Pekerja.Dalam erti kata lain kita tidak pernah cuti. Anak-anak dan suami adalah keutamaan kita.
Menyandang jawatan status isteri dan ibu bermulalah episod kami sebagai seorang yang mula pandai membebel..jawatan baru sebagai menteri kewangan..menteri segala jenis jawatan..hahaha
Mengimbau kembali zaman solo..kita bercita-cita ingin jadi wanita anggun yang berjaya. Yang akan berjaya menempuhi segala cabaran. Serta akan bersikap profesional di antara masalah kerjaya dan keluarga.Dalam erti sebenar kita mahu dalaman dan luaran adalah sama cantik.
Bagi kita.. bila berjumpa lelaki idaman hati iaitu suami..bagi kita cinta akan mengatasi segala masalah. Meskinpun kita lelah dan penat melayan anak .Kita mengharap cinta akan mengatasi segalanya.Sepatutnya..dalam rumah tangga memerlukan kerjasama.Kita bukan iron women yang mempunyai sepuluh tangan untuk menyiapkan kerja dalam satu masa.
Kita memerlukan satu hari yang berkualiti untuk diri sendiri. Ingin menjadi wanita anggun di mata suami dan anak-anak.Kita perlu masa untuk diri sendiri..tidur yang berkualiti.Kekadang kita perlu merawat diri kita sendiri.Sebagai contoh buat rawatan facial,spa,cuci rambut dan sebagainya yang dirasakan dapat mengembalikan kesegaran tubuh kita setelah sedekat mencurahkan penat lelah menjaga anak dan melengkapkan makan pakai suami. Ini bukan bermakna kita lari dari masalah.Tetapi kita perlu masa berkualiti sebagai manusia.
Tidur yang berkualiti menjadikan kita bertenangan,anggun dan kesihatan yang baik. |
Ketika ini kita perlu berbincang dengan teman atau suami.Kerjasama darinya amat kita hargai.Bincang baik-baik dengan nya di mana kita perlukan satu hari cuti tanpa anak-anak dan suami. Melahirkan Haiqal yang menangis selama 5 bulan menyebabkan aku putus asa.Untuk menyalahkan perkahwinan dan melahirkan anak yang comel tidak sekali-kali.Bincang dengan suami dan pengasuh.Satu hari cuti yang dapat saya belai dan rawat jiwa dan mental.Aku pernah mendapatkan rawatan dari doktor untuk mendapatkan ubat tidur.Bagi memastikan aku memperolehi tidur yang berkualiti.Bagi aku memadai shampoo rambut di rumah dan mandi air panas.Setelah itu tutup tirai bilik dan pasang penghawa dingin .Seterusnya tidur sepuas-puas hati ku dan melupakan segala masalah.Berharap bila aku bangun nanti aku menjadi lebih segar..bertenaga dan orang yang baru dalam menjalankan tugas-tugas seharian.
Mungkin ada kekawan yang ambil cuti dan memilih hotel yang murah untuk mendapatkan cuti sendirian.Ataupun rasa lebih selamat dapatkan rawatan spa di salon.Belai diri sendiri..sebab kita berhak mendapatkan yang terbaik atas segala yang kita curahkan.
Apa pun cara kita untuk mengembalikan ketenangan dan kesejahteraan rumah tangga. Yang penting sentiasa berbincang dengan suami. Mengharapkan suami kita sempurna 100% tidak boleh.Kerana kita kena cermin diri sendiri adakan kita sempurna. Kita hendak lah sentiasa berbincang kerana suami.Suami bukan sahaja suami tetapi dia adalah teman dan sahabat.Seorang sahabat akan sentiasa mendengar dan membantu sahabat yang lain.
Semoga kita menjadi wanita anggun di mata suami dan anak-anak |
Semoga kita menjadi wanita dan isteri yang dapat menceriakan suami dan anak-anak.Keluarga bahagia yang kita impikan akan terlaksana jika kita semai dengan doa dan berkat kasih sayang.Insyallah
No comments:
Post a Comment