Terasa sekejap melihat anak membesar.Terasa bertuah kerana berpeluang melihat dan membesarkan anak-anak.Anak-anak ini umpama bunga yang berkembang mekar.Semakin hari semakin mekar.Jika kita semai dengan kasih sayang dia akan kembang mewangi.Rugi lah pada sesiapa yang melahirkan anak dan menyerahkan pada ibu bapa di kampung. Kerana peluang melihat anak membesar tidak datang selalu.
Ketika kecil..bila kita marah dia tetap akan datang dan mengatakan kita adalah benar. Bila besar dia sudah ada personaliti sendiri.Susah kita nak bentuk pada masa itu.Sebagai ibu bapa kita berikan yang terbaik.Semoga anak-anak kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.
Hari Kanak-Kanak Sekolah Yok Eng |
Meskinpun tiada padang seperti sekolah lain.Acara suka tetap di jalankan di dalam dewan sebelah dengan sekolah beliau. Haiqal mewakili pasukan biru sama dengan sepupunya Shakira.Manakala Ammar pasukan kuning sama dengan Shahrul Ikmal.
Haiqal bermain acara berlari dalam gelung dan kutip sumi dengan mulut.Lawak je tgk telatah anak-anak...Hayra pula tak sabar nak berjalan sana sini.Baru boleh lesen P berjalan...hehehe.Mami boleh tengok Haiqal bermain sampai kul 11.00 pg je...letih bila Hayra dan mula merengek nak tido..Tak larat nak pikul dia..(letihnya..)
No comments:
Post a Comment