Tuesday, April 3, 2012

Fasa Seterusnya : Membina impian...membina mahligai...

Seronok progress 65% kemajuan pinjaman perumahan iaitu (e) kerja melepa di dalam dan luar bangunan telah turun. Pagi -pagi ni aku dengan gumbira ke pejabat lawyer Irmohizam Rosley & Co di jalan hamzah. Ini bermakna sabtu ni kami akan pergi membeli tile dan mosaic untuk rumah kami. Harap-harap tidak melebihi bajet. Sambil-sambil itu kena menyudahkan perenggan (f) Jalan parit dan kerja-kerja pembentungan bagi bangunan tersebut.
Peringkat bayaran kemajuan bagi pinjaman perumahan kerajaan yang berjumlah RM 168,000.00

lebih kurang ni lah hob rubine yang beli di Waja Plus
Kepala melakar-lakar nak letak mosaic kecil yang berkilat di belakang hob. Dekat kedai makmur sekaki persegi mosaic RM30.Anggaran untuk belakang hob memerlukan 12 hingga 16 keping. Ini bermakna RM480.
Plan asal nak letak sink di tepi tingkap.tetapi entah mcm mn tukang pasang rendah dan takut bingkai jendela mudah reput nnt. Jadi,abah ubah dan menyuruh tukang tebuk paip lain di sebelah sini.
Sink yang di beli oleh abah di kedai Makmur .Satu sink yang boleh memuatkan kuali yang besar. Aku suka dengan  pilihan abah. Tak ada masa nak pergi beli.Mujur abah bercitarasa seperti aku. Alhamdulilah
Batang paip yang di tebuk untuk sink dan sebelah akan di muatkan hob dan hood  pilihan abah juga. Aku sekali lagi suka.Klw rumah lama guna dapur biasa je.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...