Sunday, May 27, 2012

Pengorbanan Untuk Mahligai Kami

Dah lama tak update blog. Rasa rindu nak berkongsi cerita semasa tidak sempat update blog ni. Sekarang fasa rumah kami hanya tinggal untuk claim terakhir. Rumah hampir siap 80%. Kerja menambung pasir di bahagian belakang rumah yang tidak boleh menggunakan jentolak. Rasa letih..tapi berbaloi. Tangan aku isi air sebab tak pernah buat kerja-kerja berat. Dulu aku selalu merungut pada Tukang rumah yang aku rasa lembap.Sekarang aku baru tahu betapa letihnya memunggah pasir.

Bila hari minggu dan ada keluangan masa .Kami akan sedaya upaya menambong pasir di bahagian belakang rumah.Nanti kat belakang ni boleh lah aku menanam pokok ulama mcm pokok kunyit,pokok bunga gantang,pokok asam limau,pokok kayu manis dan lada.Tak sabar rasanya nak menanam.

Sekarang musim hujan.12 lori kecil pasir tambung untuk kawasan rumah. Pada perkiraan aku kena 4 lori lagi untuk mencantikan lagi kawasan rumah kami. Hati ni bertempik nak menanam rumput.Tapi menurut buku laman. Penanaman nya memerlukan penjagaan rapi pada minggu-minggu pertama. Kekadang risau juga nak menanam sebab proses nak buat pagar belum selesai. Kang..habis tanaman aku kena pijak.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...