Sunday, April 1, 2012

Fasa Ketiga : Membina impian...membina mahligai...

Mengikut plan yang diluluskan oleh MDPM aku terpaksa menggunakan tangki septik MF2-PE. Jika guna jenama lain adalah lain dari spek yang di saran oleh MAAJARI Service.Syarikat kumbahan di Kelantan.Rombakan terpaksa di lakukan dalam plan belakang.Ekoran dari itu terpaksalah aku mencari tangki septik MF2-PE. Letih mencari tangki septik di kedai hardware mengenakan bayaran RM1905. Aku pergi ke MAAJARI service dan tanya sendiri di mana kilang MF2-PE .Beliau memaklumkan kilang tersebut yang terletak di Padang Tembak Pengkalan Chepa. Susah dan hampir putus asa untuk mencari kilang tersebut. Mujur En. Lock Mui Fatt call aku balik. Dia menawarkan tangki septik pada aku dengan harga RM800 sahaja. Berbaloi pencarian dan bermakna duit kutu aku sudah ada perancangannya.




Bentuk seperti ini di luluskan oleh MAJAARI service


Kayu sangkak siap di pasang dan di buat oleh abah

porch kedua yang belum di pasang kayu sangkah

Tukang cakap tangki air di buat setelah selesai rumah selalu memakan kos 10K.Tapi sebab  besi dan kotak membuat masih ada. Kos tersebut tidak menjangkau 10k.

Belakang rumah. Tempat tangki air di belakang rumah nanti

Porch pertama dan pintu pertama. Tangga belum di fikir mcm mana bentuk sesuai

Belakang rumah 

sisi rumah.porch ke dua
Melihat pada rumah aku yang sudah hampir 60% siap. Rasa lega di hati...rasa diriku makin dekat menerima perubahan.Semoga Allah ...melimpahkan kegembiraan dan kasih sayang yang berpanjangan nanti.

2 comments:

  1. wah2..besar dan cantik umah sarah..jgn lupa jemput saya masa house warming nanti ye.. :)

    ReplyDelete
  2. tak lah besar sangat kak nur. alhamdulilah utk kami sekeluarga tempat berteduh.ni pun dah kering...kereta dah uzur pun terpaksa pejam mata.kami anggap kereta kos melepas.insyallah kak nur mesti kami jemput.mana tahu sakit demam, senang kenal rumah atas pinggir.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...