Monday, December 31, 2012

Welcome 2013

Malam menyambut tahun baru selalunya meriah.Tapi tahun ni...memang excited nk melangkah ke tahun baru.Tapi lebih excited anak sulong masuk ke alam persekolahan.Aku ambik cuti nak settle byk benda.Semalam urusan pendaftaran dan bayar yuran.Esok 1.1.2013 bermula lah sesi persekolah.Pejam celik anak teruna dah masuk darjah satu.Yuran yang di kenakan utk buku aktiviti RM87.20.Alhamdulilah...dapat selesaikan.Terdapat beberapa buku panduan,tatacara berpakaian.Waktu rehat dan undang2 yg patut di patuhi.

Lencana dan tag nama yang di wajib kan.Kekadang kita pandang remeh peraturan.Tetapi jika bila kita tidak mengikuti natijah tersebut akan kita tanggung.Peraturan sebenarnya memandu kita supaya lebih baik.

Orang lain sibuk menyambut tahun baru.Aku sebagai ibu.Sibuk menjahit tag dan lencana sekolah.Bukan apa senang bagi cikgu mengenal pasti nama anak kita. Lagi pun senang untuk driver bas mengenal anak2 kita.Bila rambut sama dgn baju putih kita sendiri tak kenal anak kita.


siap suruh gosok pagi esok.haiqal nak pakai panas2.
Esok misi nak bercakap dengan driver van sekolah.klw untie bas rasanya tak ada masalah.Tapi uncle soo ni..dia akan tinggalkan anak aku tepi jln.Dah lah jln kat luar sibuk.sekarang dengan musim hujan.dia nk masuk lorong rumah aku sempit.Harap driver van tu berhati perut dan bertimbang rasa sengan anak aku nanti.Ya allah permudahkan lah aku dlm membesarkan anak2 ku.



Tuesday, December 25, 2012

Kenapa suami saya tak cemburu

Kalau aku dengar suami orang lain cemburu...dia tu cemburu...orang itu cemburu aku jadi pelik..rasa hairan kenapa cemburu sangat yea..Apa yang menyebabkan dia cemburu sangat yea...

Mula-mula kawin rasa pelik bila suami tak cemburu.Aku terkenal dgn kuat cemburu.Pelik kan...dia tak sayang kita ke...kita tak lawa ke..dia ni tak ada perasaan ke.Teringat cerita arwah emak.Dia kata org lelaki ni klw kuat sgt2 dan terlampau cemburu.Selalunya yg dia sendiri buat.Dia akan berprasangka sama mcm dia buat.Sebaik2 arwah abah dia pernah jatuh hati pd perempuan lain.Tp mujurlah arwah emak bijak menanganinya.

Teringat di awal perkenalan kami.Dia bukan pilihan pertama ku...aku juga ada berkawan dgn seorg pegawai bank.Lelaki tu sampai dtg office kami nk jumpa dgn suami ku sekrg.Dia blh berborak biasa dan buat lawak.Aku tak faham kenapa lelaki tu beria-ria nk jumpa suami ku.Entahlah...Ekoran dari itu aku pun slow berkawan dengannya.Semasa berjumpa dia sungguh relax dan sentiasa tersenyum.Aku tak tahu apa bermain dapam fikirannya sehingga sekarang.Kerendahan hatinya menambat hati ku.Lelaki tu pun mcm akur dgn pilihan aku.Nampaknya aku sudah buat pilihan.Walaupun dia berjawatan biasa tapi kerendahan hatinya dan kemuliaannya terserlah.Bertambah kuatlah kasihku padanya.Pada padangan ku..suami benar2 bijak dan baik hati ketika itu.Tapi mungkin dah jodoh aku.

Bila lama melayari rumah tangga sebagai wanita aku buntukan perasaan cemburu dari sang suami.Rasa tak di sayangi lah...pernah satu kes di mana aku berpakaian kebudak-budakan semasa nak buang sampah.Datang budak lelaki ckp tak senyo-nyoh."kopek besar nyo..".aku rasa nk lempang.Suami tanya kenapa marah-marah...aku cakap ada budak kurang asam cakap benda tak senyo-nyoh kat aku.Dia siap sengeh.Lain kali pakai elok2...Bukannya nk marah org ejek isteri.Tapi siap ejek aku balik tak jaga pekerti.

Kesimpulannya...bukan suami aku tak sayang..tak ada perasaan...penakut..dia tahu mcm mn perangai aku.Aku cukup jaga akhlak aku dengan lelaki.Batas aku bercakap dengan bos..kawan lelaki ke..sms dgn lelaki ke...Setiap perbuatan aku selalu kongsi dengan suami aku.Suami aku lah my best friend...my hubby...tempat aku luah perasaan tension...tempat aku menangis.

Tapi....bukan satu tiket untuk aku berfoya-foya dengan jantan.Walaupun dia tak cemburu kat aku.Tiket tak cemburu adalah satu anugerah yang dia percayakan aku.Dia percayakan rumah tangga kami.Tak ada sebab untuk kami jadikan alasan cemburu dah saling tidak mempercayai meruntukan rumah tangga kami. Doakan lah rumah tangga kami bahagia hingga ke akhir hayat.






Monday, December 10, 2012

Sebab Kenapa Rezeki Susah Nak Datang

Antara sebab kenapa rezeki susah nak datang.

1) Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2) Asyik merancang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3) Berkira untuk bersedekah
4) Berkira untuk membantu memudahkan benda yang baik
5) Riak bila bersedekah
6) Banyak berbuat maksiat/ mungkar.
7) Tidak / kurang beristigfar.
8) Tidak bersyukur dan banyak mengeluh.

Nota : Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang. Tetapi kebahagiaan,peluang pekerjaan,anak, jodoh dan lain².

Wednesday, October 10, 2012

Pave block untuk jalan ke rumah kami

Seminggu survey pave block atau di panggil tapak gajah.Jalan masuk kerumah berpasir menyebabkan tayar kereta lekat.Jadi abah cadang pakai pave block.Aku telah survay area kota bharu seperti syarikat Waja Plus,Amazon ceramic,Malaysia Mosaic,Aik hoe tanah merah.Last sekali aku search kat google syarikat yg menjual pave block.Syarikat shenion...siap ada website www.shenion.com.my.Rata-rata menawarkan harga utk tapak gajah RM1.05 dan design kulit kacang 0.95 sen sebiji.

Tapi rezeki aku..shenion tawar dlm telifon RM1 utk tapak gajah.Dia ckp jika ke kedai aku mungkin dpt tawaran lg bagus.

Bila aku berkunjung ke sana.Dia tawarkan dgn harga utk kedua2 pattern dgn harga 0.90 sahaja.Aku cuba dptkan harga terbaik tetapi setakat itu shj rezeki ku.

Warna merah dan kelabu pilihan aku asalnya.tapi hanya warna merah dan hitam ada stok.tp bila sampai warna mcm merah bata.bkn merah seperti selalu kita tgk.tp ok lah serasi dgn warna atap gci kami.

Shenion blh tawarkan harga 0.90 sebab dia ada kilang buat sendiri pave block..mosaic porcsh kami warna kelabu.jadi pilihan kami merah utk pave block.Tunggu pic cubaan kami utk pasang sendiri pave block.harap menjadi lah.

Sunday, October 7, 2012

Dua minggu lg nk raya..tapi rumah siap lagi

Hati ni dah meronta-ronta nk masuk rumah baru.Terima kasih pd kekawan yg kongsi petua dan doa utk msk rumah.Tapi..menyakitkan hati paip tak siap lg.Itu pun byk buat dan pasang sendiri.Mujur ada abah yg tak pernah kenal erti letih turut serta menyumbangkan tenaga menyiapkan rumah kami.Mungkin sebab terlalu excited nk ank menantu dia duduk rumah baru.Kekadang rasa bersalah..Abah seorg bekas GM.Bertungkus lumus buat kerja berat.Aku dh tak sanggup suruh abah nk jahit langsir rumah kami.Kami memilih CK home utk merialisasi langsir rumah kami.

Awning yg di pasang oleh abah.Asal awning dr rumah abah.abah nk renovate rumah.abah hadiahkan pd kami.

Dlm masa satu hari abah pasang awning

First time suami bekerja keras

Siap pasang remote kipas

Sink yang di pasang sendiri oleh abah

Sink dlm bilik utama...RM200+ je..Aik Hoe Tanah Merah

Tada...dah siap.patut lah murah.box kayu getah.Pakai  lah buat sementara waktu

Di pasang oleh abah juga..TQ abah

Monday, October 1, 2012

Lampu icity di rumah kami

Amoi ong lighting ter tanya-tanya betul ke nak pakai lampu biru.Hanya senyuman dpt aku terukir di bibir.Dalam hati mintak2 jgn lah dua2 ruang tamu.Amoi ckp..klw tak nk jgn buat sticker dia.

Ruang tamu kedua...

Ruang tamu pertama...fuyoo..biru..mcm icity

jgn pandang lama-lama sakit mata

Pandangan atas ruang tamu pertama

Tuesday, August 14, 2012

Saiz 36

Pengalaman mencari baju raya...adoi sakit kepala bila baju raya belum tentu siap.Baju raya untuk raya kedua kompen tak siap.Lepas raya baru siap. Jawabnya...terpaksa lah merewang ke kedai.Makin dekat nak raya ..makin ramai manuasia..ni yang melemaskan.

Raya pertama kami plan warna kelabu untuk tahun 2012 ni. Aku doakan baju raya kelabu aku siap lah nanti. Jadi..projek aku adalah baju raya kedua. Aku kesiankan hayra yang still slow tumbuh rambut. Kesian anak dara aku...mami love u.

Ceritanya bermula bila aku bercadang nak gi beli cuci mata kat kedai peace di pasir mas bersama kak ipar dan adik ku. Kami di sambut dengan selamat datang dan dia beritahu ada baju sesuai utk anak perempuan ku. Nampaknya warna pink gelap menambat hati ku. Saiz 4.Ngam-ngam dengan dia dan penuh manik dan kerawang. Kalau hantar tukang jahit tak dapat dengan harga tu. Tapi untuk aku mesti ada juga kan. Leh lah aku sedondong dengan dia...beraya sakan nampak.

First time tgk baju kebaya tekak kebaya kota bharu menambat hati aku.Berangan-angan mesti nampak kurus sikit...hehehe.Tapi jurujual cakap ada saiz 36 je.Aku cakap aku selalu pakai saiz 38 or 40. Amat mengecewakan.Tapi dia cakap..blh akak cuba..cuba lah dulu. Akibat terlalu suka..aku nak cuba juga.

Dengan gumbira aku cuba pakai baju tu juga. Warna sama dengan anak gadisku Hayra dania. Setelah pakai aku keluar dari bilik persalinan dan mengadapke cermin besar di luar bilik. Wow..sungguh lawa...

Sarah : Meh tgk...dah cuba pakai ni.

Sambil mengadap ke cermin dengan senyuman bermakna.Beranggapan baju itu di jadikan untuk aku pakai. Teringat body zaman anak dara..hanya baju kebaya lekat di tubuhku. Ini bermakna aku sudah kurus ke..???Aku boleh memakai baju saiz 36..Oh my god...aku sudah boleh memakai baju SAIZ 36.. Oh my GOD.Still tersenyum lebar :) :) :) :)

(bagai bunyi gesekan piring hitam .menghentikan lamunan aku)

Jurujual : Akak..baju akak belum zip. (dia meluru ke sisi baju untuk zip baju)
Aku menarik nafas dalam-dalam. Terasa baju itu sesuai untuk aku .(still masih koya)

K.ipar : Anda di larang makan di pagi raya..Anda di larang duduk dan makan banyak di pagi raya nanti.

Ini bermakna...ketat dan sendat..uhuhu...selepas zip baju baru lah aku sedar...baju tu sendat sangat-sangat.
Waaaa...........ini menyedarkan aku bahawa SAIZ 36 bukan milik aku lagi.

Wednesday, June 20, 2012

Tile tak cukup...adoi

Letih,lesu,tak bermaya ..abah cakap lebih kurang 24 keping lagi tile tidak cukup.Pada sabtu lepas kami dah meronda-ronda satu kb utk tile kami.Jenama tersebut tak ada.Hanya di Tanah Merah Aik Hoe. Kini kami terpaksa pergi ke Tanah Merah sebab Aik Hoe tidak dapat hantar barang dalam masa terdekat. Jawabnya..kami terpaksa ke Tanah Merah. Adoi..dua buat kereta iaitu kereta kancil dan honda. Nak di jadikan cerita..tayar belakang kancil bengkak. Adoi...misi utk ke Tanah Merah jawabnya lambatlah. Dah lah prosidur membeli kat sana mengambil masa. Setelah selesai tukar tayar..Maka bertolak lah kami ke tempat di tuju.

Setelah selesai...tile yang seberat 30kg bagi 4 keping di punggah ke rumah kami. Hanya tinggal tile ini untuk membolehkan rumah kami tertutup sepenuhnya.Bila sampai rumah kami. Rasa sedikit terubat bila tengok rumah kami hampir tertutup. Cuma kerja-kerja pemasangan tombol dan pintu sliding tak dapat di pasang lagi.
picture wall utk hob dan hook

mosaic di pilih oleh ma dan abah
pic setelah jendela di pasang. terdapat kesilapan pemasangan.  rasa sakit hati.tapi nak buat mcm mana.hope blh di tutup dengan cat nanti

pintu bilik tetamu yang baru siap di pasang.tp belum di pasang tombol

bilik air antara dua bilik dan juga bilik air tetamu

kami gemarkan pintu kayu dari pintu jenis sekarang. kayu jenis seraya merah

pintu bilik meranti bukit

pandangan bilik tok ma nanti

pandangan bilik air master bedroom

pintu bilik air jenis kayu seraya merah

close..master bed room. kayu meting yang siap di pasang oleh abah utk semua bilik dan jendela

dari sudut pandang bilik haiqal ke dapur

dapur setelah di tutup pintu. gelapkan ?? dah lah tile kelabu tak berseri.

Pintu siap di pasang.Tetapi masih tidak di pasang tombol pintu.

pandangan antara bilik tok ma,tandas dan bilik tetamu (bakal bilik komputer abah dan haiqal)

pemandangan bilik haiqal yang sempit.

mcm biasa haiqal cakap " the wooden door"

Pintu sliding ini masih belum boleh di pasang. Sebab tidak mencukupi tile. Hope minggu depan tertutup sepenunya. Amin

Baru di tinggi kan akibat tambung tanah kawasan sekitar . Bye-bye MF tangki septik..tertanam dalam ke bawah. Duit kutu aku...uhuhu


Sunday, May 27, 2012

Pengorbanan Untuk Mahligai Kami

Dah lama tak update blog. Rasa rindu nak berkongsi cerita semasa tidak sempat update blog ni. Sekarang fasa rumah kami hanya tinggal untuk claim terakhir. Rumah hampir siap 80%. Kerja menambung pasir di bahagian belakang rumah yang tidak boleh menggunakan jentolak. Rasa letih..tapi berbaloi. Tangan aku isi air sebab tak pernah buat kerja-kerja berat. Dulu aku selalu merungut pada Tukang rumah yang aku rasa lembap.Sekarang aku baru tahu betapa letihnya memunggah pasir.

Bila hari minggu dan ada keluangan masa .Kami akan sedaya upaya menambong pasir di bahagian belakang rumah.Nanti kat belakang ni boleh lah aku menanam pokok ulama mcm pokok kunyit,pokok bunga gantang,pokok asam limau,pokok kayu manis dan lada.Tak sabar rasanya nak menanam.

Sekarang musim hujan.12 lori kecil pasir tambung untuk kawasan rumah. Pada perkiraan aku kena 4 lori lagi untuk mencantikan lagi kawasan rumah kami. Hati ni bertempik nak menanam rumput.Tapi menurut buku laman. Penanaman nya memerlukan penjagaan rapi pada minggu-minggu pertama. Kekadang risau juga nak menanam sebab proses nak buat pagar belum selesai. Kang..habis tanaman aku kena pijak.



Tuesday, April 3, 2012

Fasa Seterusnya : Membina impian...membina mahligai...

Seronok progress 65% kemajuan pinjaman perumahan iaitu (e) kerja melepa di dalam dan luar bangunan telah turun. Pagi -pagi ni aku dengan gumbira ke pejabat lawyer Irmohizam Rosley & Co di jalan hamzah. Ini bermakna sabtu ni kami akan pergi membeli tile dan mosaic untuk rumah kami. Harap-harap tidak melebihi bajet. Sambil-sambil itu kena menyudahkan perenggan (f) Jalan parit dan kerja-kerja pembentungan bagi bangunan tersebut.
Peringkat bayaran kemajuan bagi pinjaman perumahan kerajaan yang berjumlah RM 168,000.00

lebih kurang ni lah hob rubine yang beli di Waja Plus
Kepala melakar-lakar nak letak mosaic kecil yang berkilat di belakang hob. Dekat kedai makmur sekaki persegi mosaic RM30.Anggaran untuk belakang hob memerlukan 12 hingga 16 keping. Ini bermakna RM480.
Plan asal nak letak sink di tepi tingkap.tetapi entah mcm mn tukang pasang rendah dan takut bingkai jendela mudah reput nnt. Jadi,abah ubah dan menyuruh tukang tebuk paip lain di sebelah sini.
Sink yang di beli oleh abah di kedai Makmur .Satu sink yang boleh memuatkan kuali yang besar. Aku suka dengan  pilihan abah. Tak ada masa nak pergi beli.Mujur abah bercitarasa seperti aku. Alhamdulilah
Batang paip yang di tebuk untuk sink dan sebelah akan di muatkan hob dan hood  pilihan abah juga. Aku sekali lagi suka.Klw rumah lama guna dapur biasa je.

Sunday, April 1, 2012

Fasa Ketiga : Membina impian...membina mahligai...

Mengikut plan yang diluluskan oleh MDPM aku terpaksa menggunakan tangki septik MF2-PE. Jika guna jenama lain adalah lain dari spek yang di saran oleh MAAJARI Service.Syarikat kumbahan di Kelantan.Rombakan terpaksa di lakukan dalam plan belakang.Ekoran dari itu terpaksalah aku mencari tangki septik MF2-PE. Letih mencari tangki septik di kedai hardware mengenakan bayaran RM1905. Aku pergi ke MAAJARI service dan tanya sendiri di mana kilang MF2-PE .Beliau memaklumkan kilang tersebut yang terletak di Padang Tembak Pengkalan Chepa. Susah dan hampir putus asa untuk mencari kilang tersebut. Mujur En. Lock Mui Fatt call aku balik. Dia menawarkan tangki septik pada aku dengan harga RM800 sahaja. Berbaloi pencarian dan bermakna duit kutu aku sudah ada perancangannya.




Bentuk seperti ini di luluskan oleh MAJAARI service


Kayu sangkak siap di pasang dan di buat oleh abah

porch kedua yang belum di pasang kayu sangkah

Tukang cakap tangki air di buat setelah selesai rumah selalu memakan kos 10K.Tapi sebab  besi dan kotak membuat masih ada. Kos tersebut tidak menjangkau 10k.

Belakang rumah. Tempat tangki air di belakang rumah nanti

Porch pertama dan pintu pertama. Tangga belum di fikir mcm mana bentuk sesuai

Belakang rumah 

sisi rumah.porch ke dua
Melihat pada rumah aku yang sudah hampir 60% siap. Rasa lega di hati...rasa diriku makin dekat menerima perubahan.Semoga Allah ...melimpahkan kegembiraan dan kasih sayang yang berpanjangan nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...