Masih sama seperti 8 thn lepas.Majlis akad nikah lepas solat isyak di Masjid Besar Pasir Mas.Seperti malam ini...hujan turun membasahi bumi.Keadaan hujan membuat kami tergesa-gesa.Tambahan pula mak andam pulak lambat menyebabkan aku terpaksa make up di masjid.Basah ketika sampai di masjid buat aku rasa keliru.Aku tengok abang2 aku mengelilingi imam.Masing2 ingin berwakil wali pada aku.Arwah abah telah lama meninggal semenjak aku berusia 11 thn.Aku bangga mereka walaupun tidak akrab dgn ku.tp sudi mewakil wali.Aku memilih abg ketiga utk di daftar wakil wali dlm borang memandangkan dia sentiasa ada dan paling aku senangi.tetapi rupa2nya kesemua abang2 dgn gembira ingin mewakil wali pd mlm itu.Masing-masing mewakil wali pd imam tua pada mlm itu.Arwah emak ketika itu sudah tak mengenali sesiapa.Hanya tersenyum dan uzur.Mungkin akibat selalu hipo dan koma.Walaupun dia tiada tapi aku tahu dia gembira.Dia seakan-akan tahu dia tak lama.Sebab dia selalu berseloro dgn pz semasa dia masih mengenali org dahulu.Dia juga yg selalu tanya bila nak masuk minang aku.
Ketika lafas akad...bergema seluruh Masjid Besar Pasir Mas.Mungkin sebab menggunakan mic.Hanya bunyi sah...sah dgn sekali lafas.Aku di peluk erat oleh kak ipar selaku dan sahabat paling baik.Aku tak tahu...terasa masa seperti membeku.Aku di suruh bersalam dengan seorang wanita di depanku.Aku jarang melihat ibu suamiku.Hanya beberapa kali...Terkedu...kelam...seperti segala masa terhenti.Ketika detik itu aku tahu.Aku sudah melangkah ke alam baru.Aku tidak boleh berundur lg.Walaupun setapak kebelakang.Aku bukan Sarah dahulu lagi.Aku lupa wanita di depan aku itu akan menjadi sebahagian hidupku.Dia lah ratu hati suami ku.Aku sudah menjadi isteri pada Mohd Hafizi bin Hassan.Wanita..kanak2 di depan aku itu sudah menjadi sebahagian dlm hidupku.Sungguh besar dan mulia ikatan perkahwinan.Sungguh aku lupa...bila kita kita mencintai seseorang.Kita kena belajar menyayangi insan lain dlm hidupnya.Begitu naif aku.Ketika itu baru aku sedar...aku berdoa.Agar pilihan aku tepat.Aku akan menyayanginya sepenuh jiwa.Semoga Allah pelihara rumah tangga kami hingga akhir hayat.Semoga kami menjadi suami isteri dan berkasih syg hingga ke syurga.
No comments:
Post a Comment