Saturday, March 24, 2012

Kaki ku di rantai...hatiku di ikat

Sempena ulang tahun perkahwinan aku ke lima. Suami tercinta menghadiahkan rantai kaki.Rantai kaki selalu sinonim dengan jiwa ku. Rantai yang aku suka pakai dan tak akan tanggalnya. Teringat zaman kecilku. Bila balik dari sekolah atau kelas tambahan. Arwah emak selalu memanggilku. Dia kata dah tahu..loceng di kakiku berbunyi. Ratu dalam rumah telah pulang.Aku telah menjual rantai kesayanganku demi menyelesaikan beberapa masalah.

Ulang tahun perkahwinanku ke lima. Suami telah menghadiahkan irama di kakiku. Terasa jiwa ku kembali berirama.Betulah kata orang, wanita dan perhiasan tak dapat di pisahkan.Aku tidak menyangka di kala aku menghadapi masalah.Aku ingin menjualnya.Ia meninggalkan kesan di hatinya. Sehingga aku ingin keluar dari kereta. Dia berpesan padaku.
"Jangan jual kelang itu.Ingat yea..."
Aku terkesima...aku insaf.
"Maafkan sarah bang"
Aku selalu memandang remeh tentang hadiahnya.Mungkin dia takut sunyi lagi di kakiku. Tapi kuasa tuhan...rezeki masih ada.Gelang kaki ini masih berirama di kaki ku. Terima kasih Allah..Kakiku di rantai...hatiku di ikat.

meskinpun corak rantai kaki arwah emak dan sekarang lain.tetapi perhiasan ini paling aku suka  lebih dari cincin.

2 comments:

  1. cantik... kena lak ngan kaki sara tu...

    ReplyDelete
  2. ni design biji crystal biji beras.arwah mak cakap kaki kecil saiz 4.susah nak cari kasut

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...