Wednesday, November 16, 2011

Apa patut mami buat?

Bila balik dari kerja..mama bercerita.Semasa dia pergi sekolah pagi tadi Dia ada bercakap dengan mama Amnan .Irne bagi tahu ..benda yang tak baik Haiqal telah buat.Entah lah patut ke reaksi aku yang biasa je..Patut ke aku marah dengan Haiqal.Atau bila aku tak marah orang cakap aku manjakan anak.Apa patut aku buat...Bila dengar cerita mama papa amnan marah2 sebab tu beg baru amnan. Aku rasa tersentuh...aku tak boleh sedapkan hati anak aku sentiasa baik.Selalunya dia tak buat macam tu..Kalau aku tak percaya kata-kata anak siapa lagi dia nak luah kan.

Reaksi aku hanya membuat andaian Haiqal mungkin buat.Sebab budak biasa lah tak boleh tengok orang lebih dari dia. Lagi pun budak ni depan kita baik.Belakang kita mungkin kita tak tahu. Tok ma dia sentiasa menangkan dia.Dia cakap tak adalah cucu dia buat macam tu.Amnan ni fitnah..Aku rasa hampa lah juga.Nanti orang cakap aku tak pandai jaga anak.

Aku masuk bilik dan tanya dia...
"Haiqal ada ke conteng beg baru Amnan?"
" Tak ada...Haiqal oyak doh ko dio..Haiqal tak buat..dio tok cayo" cakap dengan sambil keluar air mata.
(aku tak boleh percaya .nanti jadi mcm anakku syazali)
"Sungguh...kecek betul dengan mami.Mami malu tau..kalu abe haiqal buat perangai tok juruh lagu ni.Mami sedih sangat2."
dalam muka sedih lagi..terkerut2..muka budak 5 tahun.
"haiqal tak conteng beg dia" dalam nada tak berapa dengar.
"Kalu haiqal tipu mami..semoga tuhan ambik nyawa mami.biar mami mati...sebab haiqal kecek tipu.Mami sedih sangat2 ni"
"haiqal tak tipu.." muka tension.
"kalu tipu tuhan akan ambik nyawa mami deh"
"ho..tapi haiqal tak tipu"

kalau zaman-zaman mak aku...dia akan cakap banyak lagi.ketika itu aku mengalami kesedihan dan kepedihan bila tiada sesiapa percaya padaku.aku tiada tempat meluah ketika itu.sebab tu lah aku jadi pemberontak.aku tak mahu jiwa anak aku seperti diriku yang penuh kesedihan.tapi aku juga tak mahu anak aku jadi penipu.Ya allah semoga anak-anak ku jadi orang yang baik .

"esok..kalu haiqal jumpa mama amnan..haiqal oyak lah molek.haiqal tak buat.mami malu lah .."
entah dia berani ke nak cakap dengan mama amnan.nak bukak mulut pun susah.aku dengar dia cakap kuat bila menghafal iqra je.hari biasa-biasa susah nak cakap dengan orang.
"kalau haiqal ada nak barang orang.oyak ko mami dengan abah.jangan curi..jangan rosakkan barang ore.susah mak ayah dia nak beli barang tu.Jangan sekali-kali buat perangai tok juruh deh"

Ya allah..apa patut aku buat.Aku panjatkan doa agar anak-anak aku menjadi insan yang baik dan beramal soleh.

3 comments:

  1. sedih nyeee, maybe betol dia x buat. sumtimes kte lagi kenal famili kite :(

    ReplyDelete
  2. entah lah sha..kalau ada alat menguji tipu atau tak tipu senang.tapi allah ada berikan satu anugerah pada ibu.iaitu naluri..harap dia tak buat mcm tu.insyallah

    ReplyDelete
  3. Mungkin dia tak buat..try tanya ada dia nampak sapa2 buat dok.... and then selalu oyat Allah tgk apa haikal buat..kena wujudkan rasa takut pada ALLAH dalam diri anak2x.... next time bila nak buat sesuatu dia akan pikir dulu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...