Thursday, January 20, 2011

Gas, Colic dan Breastfeeding

Beberapa org teman kita bertanyakan mengenai kaitan gas(angin), colic dan breastfeeding
Colic ialah keadaan yang berlaku apabila bayi menangis pada masa tertentu (biasanya petang membawa ke malam) tanpa henti 1-2 jam dan tidak boleh dipujuk (inconsoleable)
Anda perlu membawa bayi ke klinik untuk rawatan dan pengesahan DR bahawa bayi anda sihat dan gaining weight well walaupun kerap menangis pada waktu2 tertentu tanpa alasan (colicky)
Orang melayu biasanya menggelarkannya ’sawan tangis’ dan dibawa berubat mandi dan ‘baca baca’ oleh org yang pandai mengubat
Hakikatnya tiada rawatan utk colic walaupun banyak research dan behaviour strategies dijalankan oleh pakar
Colic akan berakhir sendiri selepas 3 bulan (atau lebih)

Sekiranya anda menyusukan bayi anda
Colic yang berlaku boleh dikurangkan dengan cara meng’evaluate’ dan mengamalkan perkara2 berikut:

1.Adakah anda menyusukan bayi dengan sebelah breast sehingga breast tersebut well drained

- Komposisi susu ibu berubah2 pada setiap feeding dimana kandungan lemak dan kalori semakin bertambah apabila breast semakin dikosongkan
Sekiranya anda kerap switch breast semasa menyusukan baby, bayi anda akan menconsume terlalu banyak foremilk dan hanya sedikit lemak.
Ia boleh menyebabkan :
- Bayi anda kerap lapar dan minum dengan banyak berikutan rendahnya jumlah lemak yang diconsumenya pada setiap kali minum
- He may spit up (muak, muntah) kerana minum terlalu banyak
- Perut bayi kosong dengan cepat dan jumlah milk sugar (lactose) yang terlalu banyak berkumpul di usus menyebabkan enzim yang menguraikan laktosa itu tidak dapat menguraikannya dalam satu masa seterusnya menyebabkan simptom lactose intolerance seperti:
  • Menangis
  • Angin (Gas)
  • Kembung perut dan kentut kentut
  • Watery dan green bowel movement (Najis yang cair dan berwarna hijau)
stool_color_card_ba
Harus diingatkan apabila keadaan ini berlaku, ibu ibu tidak seharusnya berubah kepada lactose-free formula sebaliknya menganalisa semula corak penyusuan anda.
  • Susukan bayi anda setiap kali dia cooing dan bukannya mengikut jadual di tin susu formula. (1 1/2 jam – 2 jam sekali) dan kebanyakan masalah BF dapat diatasi sekiranya ibu tidak mengikut jadual waktu
  • Susukan bayi sehingga sebelah breast kosong supaya baby mendapat foremilk dan hindmilk yang balance.
    Susukannya sehingga baby tertidur dan melepaskan nipple sendiri.
    Bayi anda boleh ‘bergayut’ selama 2 jam walau hakikatnya minum selama beberapa minit pertama.
    Selepas bayi anda melepaskan breast yang pertama, offer breast yang kedua (sekiranya dia mahu)
    Atau pam sekiranya dia sudah tertidur.
    (Pastikan setiap kali feeding anak anda ialah nutritional feed dengan memastikan baby benar2 menyusu dan bukannya sekadar ‘bergayut’)
2. Adakah berlakunya Overactive Letdown Reflex (Milk Ejection Reflex/MER)?
——-
Artikel mengenai Letdown Reflex di sini

Tambahan info : Let down Refleks berlaku lebih dari sekali pada setiap kali sesi menyusukan dan mengepam
Walau bagaimanapun, ibu cuma merasakannya utk pertama kali sahaja
(Jadi jangan risau jika anda merasakan anda dapat let down refleks sekali sahaja ya)
——
Susu yang terlalu laju semasa MER berlaku boleh menyebabkan bayi anda ‘marah’ dan fussy
Dan kadangkala ibu merasakan tidak selesa dengan keadaan itu kerana merasakan bayi mereka colicky (menangis tanpa henti)
Dan kadang2 bayi anda mungkin frustated dengan slow milk flow lalu menyebabkannya refuse to take breast.
Cara mengatasinya:
  • Susukannya sebelum dia terlalu lapar

  • Tanda tanda bayi lapar ialah:
    Early-
    • Smacking or licking lips
    • Opening and closing mouth
    • Sucking on lips, tongue, hands, fingers, toes, toys, or clothing
    • Active -
      • Rooting around on the chest of whoever is carrying him
      • Trying to pition for nursing, either by lying back or pulling on your clothes
      • Fidgeting or squirming around a lot
      • Hitting you on the arm or chest repeatedly
      • Fussing or breathing fast
      Late -
      • Moving head frantically from side to side
      • Crying
        Sumber Kellymom.com
    Maksudnya menangis adalah last resort utk bayi anda minta disusukan

    • Bayi yang lapar tends to ‘gelojoh’ dan menyebabkan pancutan susu berlaku dengan kuat. Susukannya sebelum dia AMAT lapar ye.
    • Susukan bayi dalam keadaan yang tenang, muzik yang perlahan dan lampu yang samar samar
    • Berbaring dan biarkannya minum dengan cara meniarap di atas anda. Tekanan graviti boleh membantu!
    • Pam susu anda sebelum baby terjaga dari tidur dan mahukan susu
      (Susu anda tidak akan habis kerana susu SENTIASA dihasilkan dalam tubuh anda)
    • Sekiranya milk flow anda perlahan, anda boleh membantu dengan Breast Compression
    • Pastikan latch bayi anda betul untuk mengelakkan masalah BF yang lain
      Refer entri ini
    • Terdapat commercial lactase dalam bentuk liquid (enzim yang memetabolismekan lactose) diberi sebelum feeding dan boleh didapati tanpa preskripsi daripada farmasi
      (Ayg, pemilik KhazisPharma minta tolong pastikan)
      Walaubagaimanapun, ambil ianya sebagai satu info dan bukannya solution ya.
    3. Adakah anda berhati hati dengan pemakanan anda?

  • Breastfed baby tends to have less gas kerana susu ibu adalah custom made utk mereka berbanding susu formula yang ‘artificial’.

    Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak (dalam bentuk susu)

    Dairy product seperti cow’s milk yang di ambil oleh ibu adalah ‘penyumbang’ besar kepada masalah colic pada baby. Sistem penghadaman bayi yang belum matang kadangkala mengakibatkan mereka tidak dapat memproses protein di dalam susu lembu seterusnya menghasilkan gas di dalam usus.

    Sebelum anda risaukan bayi anda, lihat diri anda sendiri dahulu.
    Maksud saya, adakah anda sensitif dengan sesetengah makanan
    Ianya boleh dilihat apabila selepas 4 jam anda menconsume makanan itu,
    perut anda mulai kembung dan tidak selesa (dan anda mula mengeluarkan angin)
    Makanan yang berbeza memberi efek yang berbeza kepada setiap individu
    Antara makanan yang dipercayai mengakibatkan pengeluaran lebih gas semasa diproses ialah:

    • Dairy product (cow’s milk, dadih,yogurt, icecream)
    • Bawang merah
    • Coklat
    • Kekacang seperti kacang tanah, taugeh, kacang hijau
    • Citrus fruit
    • Jagung
    • Gandum
    • Tomato
    • Strawberry
    • Artificial sweeteners
    • Minuman berkafein
    • Brokoli
    • Kobis dan bunga kobis
    • Sesetengah jenis pisang
    Cuba elakkan makanan tersebut daripada diet harian anda jika anda dapati ianya menyebabkan gas terhasil dalam badan anda atau kita gelar ‘angin’
    Jika anda amat menggemari makanan2 tersebut, kurangkan kuantiti pengambilannya
    4. Luangkan masa mengurut bayi anda

  • Amalkan bed time routine, mandikannya,gosok giginya, tukarkan pyjama, massage, dan berbual sebelum menidurkan bayi anda.
    Penggunaan minyak atau minyak angin adalah digalakkan kerana :

    • Rasa hangat dan urutan lembut anda AMAT membantu mengeluarkan gas daripada dalam perutnya
    • Anything that is hot WILL do (menggalakkan pengaliran gas yang baik dalam badannya)
    • Baby anda rasa selesa dan disayangi
    • Tidurnya akan lebih lena
    • Biarkannya tidur meniarap (must be under your supervision)
    5. Cuba elakkan risiko angin masuk ke dalam perut bayi anda
    Gelembung udara (angin) boleh masuk kedalam perut anda melalui botol susu yang digunakannya.
    Gunakan botol anti colic seperti Botol MAM
    Apabila angin terperangkap dalam perut si kecil, perut menyangkakan ianya adalah makanan lalu merembeskan asid utk mencernakannya walaupun sebenarnya tiada apa2 dan acid ini boleh menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.

    Saya harap saya membantu meleraikan kekusutan mengenai gas, colic dan kaitannya dengan breastfeeding.
    Pemberian susu formula bukanlah solutionnya kerana keadaan akan bertambah baik hari demi hari
    Sekiranya anda menyusukan bayi anda, anda memberikan yg terbaik. Penyusuan direct adalah anti colic yg TERBAIK :)
    Kongsikan pendapat anda, sharing is caring :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...