Monday, December 31, 2012

Welcome 2013

Malam menyambut tahun baru selalunya meriah.Tapi tahun ni...memang excited nk melangkah ke tahun baru.Tapi lebih excited anak sulong masuk ke alam persekolahan.Aku ambik cuti nak settle byk benda.Semalam urusan pendaftaran dan bayar yuran.Esok 1.1.2013 bermula lah sesi persekolah.Pejam celik anak teruna dah masuk darjah satu.Yuran yang di kenakan utk buku aktiviti RM87.20.Alhamdulilah...dapat selesaikan.Terdapat beberapa buku panduan,tatacara berpakaian.Waktu rehat dan undang2 yg patut di patuhi.

Lencana dan tag nama yang di wajib kan.Kekadang kita pandang remeh peraturan.Tetapi jika bila kita tidak mengikuti natijah tersebut akan kita tanggung.Peraturan sebenarnya memandu kita supaya lebih baik.

Orang lain sibuk menyambut tahun baru.Aku sebagai ibu.Sibuk menjahit tag dan lencana sekolah.Bukan apa senang bagi cikgu mengenal pasti nama anak kita. Lagi pun senang untuk driver bas mengenal anak2 kita.Bila rambut sama dgn baju putih kita sendiri tak kenal anak kita.


siap suruh gosok pagi esok.haiqal nak pakai panas2.
Esok misi nak bercakap dengan driver van sekolah.klw untie bas rasanya tak ada masalah.Tapi uncle soo ni..dia akan tinggalkan anak aku tepi jln.Dah lah jln kat luar sibuk.sekarang dengan musim hujan.dia nk masuk lorong rumah aku sempit.Harap driver van tu berhati perut dan bertimbang rasa sengan anak aku nanti.Ya allah permudahkan lah aku dlm membesarkan anak2 ku.



Tuesday, December 25, 2012

Kenapa suami saya tak cemburu

Kalau aku dengar suami orang lain cemburu...dia tu cemburu...orang itu cemburu aku jadi pelik..rasa hairan kenapa cemburu sangat yea..Apa yang menyebabkan dia cemburu sangat yea...

Mula-mula kawin rasa pelik bila suami tak cemburu.Aku terkenal dgn kuat cemburu.Pelik kan...dia tak sayang kita ke...kita tak lawa ke..dia ni tak ada perasaan ke.Teringat cerita arwah emak.Dia kata org lelaki ni klw kuat sgt2 dan terlampau cemburu.Selalunya yg dia sendiri buat.Dia akan berprasangka sama mcm dia buat.Sebaik2 arwah abah dia pernah jatuh hati pd perempuan lain.Tp mujurlah arwah emak bijak menanganinya.

Teringat di awal perkenalan kami.Dia bukan pilihan pertama ku...aku juga ada berkawan dgn seorg pegawai bank.Lelaki tu sampai dtg office kami nk jumpa dgn suami ku sekrg.Dia blh berborak biasa dan buat lawak.Aku tak faham kenapa lelaki tu beria-ria nk jumpa suami ku.Entahlah...Ekoran dari itu aku pun slow berkawan dengannya.Semasa berjumpa dia sungguh relax dan sentiasa tersenyum.Aku tak tahu apa bermain dapam fikirannya sehingga sekarang.Kerendahan hatinya menambat hati ku.Lelaki tu pun mcm akur dgn pilihan aku.Nampaknya aku sudah buat pilihan.Walaupun dia berjawatan biasa tapi kerendahan hatinya dan kemuliaannya terserlah.Bertambah kuatlah kasihku padanya.Pada padangan ku..suami benar2 bijak dan baik hati ketika itu.Tapi mungkin dah jodoh aku.

Bila lama melayari rumah tangga sebagai wanita aku buntukan perasaan cemburu dari sang suami.Rasa tak di sayangi lah...pernah satu kes di mana aku berpakaian kebudak-budakan semasa nak buang sampah.Datang budak lelaki ckp tak senyo-nyoh."kopek besar nyo..".aku rasa nk lempang.Suami tanya kenapa marah-marah...aku cakap ada budak kurang asam cakap benda tak senyo-nyoh kat aku.Dia siap sengeh.Lain kali pakai elok2...Bukannya nk marah org ejek isteri.Tapi siap ejek aku balik tak jaga pekerti.

Kesimpulannya...bukan suami aku tak sayang..tak ada perasaan...penakut..dia tahu mcm mn perangai aku.Aku cukup jaga akhlak aku dengan lelaki.Batas aku bercakap dengan bos..kawan lelaki ke..sms dgn lelaki ke...Setiap perbuatan aku selalu kongsi dengan suami aku.Suami aku lah my best friend...my hubby...tempat aku luah perasaan tension...tempat aku menangis.

Tapi....bukan satu tiket untuk aku berfoya-foya dengan jantan.Walaupun dia tak cemburu kat aku.Tiket tak cemburu adalah satu anugerah yang dia percayakan aku.Dia percayakan rumah tangga kami.Tak ada sebab untuk kami jadikan alasan cemburu dah saling tidak mempercayai meruntukan rumah tangga kami. Doakan lah rumah tangga kami bahagia hingga ke akhir hayat.






Monday, December 10, 2012

Sebab Kenapa Rezeki Susah Nak Datang

Antara sebab kenapa rezeki susah nak datang.

1) Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2) Asyik merancang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3) Berkira untuk bersedekah
4) Berkira untuk membantu memudahkan benda yang baik
5) Riak bila bersedekah
6) Banyak berbuat maksiat/ mungkar.
7) Tidak / kurang beristigfar.
8) Tidak bersyukur dan banyak mengeluh.

Nota : Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang. Tetapi kebahagiaan,peluang pekerjaan,anak, jodoh dan lain².

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...