Saturday, February 18, 2012

Tanganmu bawa ke syurga

Sayu hati ku bila melihat mu mami.Satu panggilan begitu sukar aku sebut dahulu bila di ajak oleh abangku untuk memanggilnya "Mami". Sekarang anak-anak ku memanggilmu "Tok ma".Dia insan berhati waja..sanggup melupakan segala kegembiraan di dunia demi untuk menjaga aku dan abangku. Dia melupakan hasrat untuk berkahwin dan memiliki satu keluarga demi untuk bersama dengan ku. Begitu besar jasanya..sehingga tak terbalas rasanya. Semoga Allah membalas dan memberi kesihatan yang berpanjangan hendaknya.

Kasih sayangnya melebihi ibu ku sendiri. Tangan itu yang membuat makan,mendodoikan aku dan menjaga aku ketika aku demam. Kini tangan yang membelaiku sakit...tangan itu ingin berehat dari melakukan kerja-kerja lagi. Sudah tiba masanya tangan itu ku berehat. Jika aku bekerja 5 hari seminggu tetapi tangan itu tidak diberikan cuti mingguan malah cuti tahunan. Jasamu tak terhingga 'Mami'.

Semoga tangan tok ma cepat sembuh. Tok ma jangan buat kerja kuat-kuat. Kami akan belajar untuk jadi secekap dan serajin tok ma.



Monday, February 6, 2012

Between dreams and memories

Setiap orang mempunyai impian memiliki rumah idaman hati.Tapi aku tak bermimpi untuk memiliki rumah sendiri.Tetapi aku bersyukur pada Allah akan rezekinya.Di buka jalan dan cara untuk aku suami isteri memiliki rumah di mana tempat tinggal kami sekeluarga. Rumah yang bakal mencatat sejarah dan tempat anak-anak ku akan dibesarkan.Lapang dadaku bila aku tahu anak-anak aku akan ada tempat berteduh.

 Aku amat sayang pada rumah arwah emak. Di sanalah aku di besarkan. Banyak kenangan pahit manis di sana. Aku seakan anak kecil.Antara suka dan duka.Jiwa bercelaru ,rasa ingin menangis tak mahu berpisah dari rumah itu.Mungkin aku sudah selesa dan takut pada perubahan.Setiap sudut rumah itu mengingatkan akau pada arwah emak, arwah abah dan arwah che.Rumah tersebut menyimpan seribu kenangan. Terasa seakan mereka baru pergi. Bila memikirkanya...isteri adalah tempat nya di sisi suami. Aku patut berhijrah demi suami dan anak-anak.

Walau bagaimana pun semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidupku sekeluarga. Amin.Ini adalah satu keputusan yg besar pernah kami buat.Tak terlintas dlm fikiran sejauh ini impian kami.Kami melepaskan utk memiliki kenderaan lebih selesa demi kehidupan yg selesa.

semoga ia sebagai satu langkah dalam kehidupan yang lebih baik

semoga di sini ikatan kekeluargaan kami bertambah kuat

Terdapat ubah suai rumah di lakukan. porch di tambah sebelah sini sebanyak 13X18 

Ini adalah satu keputusan yg berani pernah kami buat.Tak terlintas dlm fikiran sejauh ini impian kami.Kami melepaskan utk memiliki kenderaan lebih selesa demi kehidupan yg selesa

Disini aku akan besarkan anak-anak dgn cara ku.Semoga mereka menjadi insan  baik


permulaan bagi projek kami..anak-anak bakal jiran


Sunday, February 5, 2012

Ronda-ronda tengok tile

Pening nak pilih tile untuk dapur dan bilik air.Tapi entahlah..rasa terbatas nak buat pilihan sebab aku dan en hubby berbeza pendapat. Rumah aku banyak di adapatasi oleh abah dan fz..Biar lah.. comel bagi dia orang..comel juga lah bagi aku. Mujur ado abah yang berpengalaman memilih barang untuk projek rumah kami.

tile ni aku ambik di kedai Makmur..lawa.berkenan  sgt2.tp en suami cakap mahal

tile ni aku tak suka sangat.gelap je nampak

koleksi di kedai makmur.banyak design baru

tile ni tak tahu sesuai kat mana

gemuk2..mosaic ni..geram


tile di amazon.colourful

salah satu design ni kedai makmur..aku suka juga.tapi still en suami cakap mahal

kedai di AMAZON..RM 10. satu keping

Di kedai amazon

mosaic di AMAZON.berkenan sangat2


tile di AMAZON

still tile di AMAZON WAKAF BHARU

AMAZON Pasir Mas

Tile hijau..rasa nak design utk bilik Haiqal



tile di AMAZON wakaf Bahru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...